Alhamdulillah, saya dijemput oleh Puspanita JPS untuk menyampaikan ilmu “Parenting” kepada para ibubapa. Program ini dijalankan selama 4 jam di Bangunan JPS Ampang.
Seronok saya beraksi bersama mereka. Pelbagai input yang saya kongsikan dan mereka dapat terima dengan baik. Syukur…
Antara perkara yang saya kongsikan dengan mereka ialah :
1. Model Dunia Anak-anak dan ibubapa berbeza.
2. Bagaimana memahami anak-anak dengan NLP
3. Adakah kata-kata dan Cara Berfikir kita memberi kesan pada diri sendiri dan orang lain ?
Berikut merupakan maklumbalas peserta yang telah hadir.
1) Program motivasi ini memberi keyakinan kepada ibu bapa untuk mendidik anak di zaman moden . Penerangan dalam bentuk gambaran yang tidak terlalu vigid dan sangat menyeronokkan . Saya syorkan ibu bapa hadir dan mendengar dari penceramah . Penceramah sangat agresif dan kreatif !! – Natalia , SMART
2) Program ini sangat membina minda dan program yang bagus – Hasnoh Binti Embong , BRE JPS Malaysia
3) Penceramah menggunakan perkataan yang baik kepada peserta apabila peserta memberi pendapat.
4) Program ini sangat bagus untuk ibu bapa – Zanariah , OPS Malaysia
5) Alhamdulillah , banyak ilmu yang dapat diperolehi dari program ini . Lebih senang untuk mengambil tingkah laku anak – Juliana Binti Ismail , Bahagian Rekabentuk dan Empangan
6) Teruskan lagi program ini dengan lebih aktiviti atau pembaharuan . Panjangkan lagi tempoh masa – Norhidayah Binti Zakaria , BPMI (JPS Ampang)
7) Cara penyampaian menyeronokkan dan banyak ilmu dikongsi . The best from Syed Faizal – Suria Binti Setapa , Bhg Rekabentuk dan Empangan
8) Program ini sangat bagus bagi mengenali personaliti diri dan orang lain . Inshaallah akan diberkati ilmu ini di luar – Siti Norazura Binti Salikin , JPS
9) Saya nak cadangkan penceramah Tuan Syed Faizal datang ke sekolah untuk buat program dengan anak saya . Insyaallah – Nurul Uyun Binti Mohd Yunus , Kompetensi BPMI
10) Saya telah dapat ilmu berkenaan personality iaitu V.A.K . Ilmu yang tidak pernah saya fikirkan sebelum ini . Terima kasih penceramah – Suzana Binti Abu Hassan , Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai
11) Saya harap menjadi ibu yang best dan jadi contoh yang baik pada anak-anak saya – Siti Zakirah Binti Baharom , Bahagian Pengurusan Sumber Air
12) Saya rasa sungguh gembira dapat menyertai program ini kerana isinya sungguh berpotensi . Syabas diucapkan .
13) Terima kasih atas jemputan , Insyaallah akan dipraktikkan dengan keluarga dan diri sendiri – Anita Binti Talib , Swasta
14) Program ini sangat bagus . Ianya akan dapat membantu saya mengenali kriteria anak dan seterusnya akan dapat membantu saya membimbing anak menjadi lebih cemerlang . Insyaallah – Normaliza Muhammad , Unit Pembangunan Bahagian Pembangunan Modal Insan
15) Program yyang sangat best dan terbaik . Pendedahan kepada diri sendiri sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anak menjadi insan berguna . Teruskan usaha murni anda – Sarina Mohd Ali , JPS
16) Program yang sangat agus dan memberi pengetahuan yang bagus juga dan baru . Selamat maju jaya – Sadiah Binti Mabol , Latihan
17) Program ini sangat berguna bagi mengenal pasti personality dan kaedah terbaik bagi mendidik anak-anak kelak . Terima kasih atas perkongsian tersebut – Nurbaizura Binti Othman , JPS
18) Bagus . Perlu didedahkan kepada warga JPS (terutama lelaki) untuk pendedahan ilmu dan perkongsian pengalaman – Nurwahidah Binti Haji Abdul Rahman , JPS
19) Bagus , ringkas serta padat untuk diguna pakai untuk kehidupan sehaqrian terutama untuk anak-anak – Norzaliza A.Rasid , JPS
Semoga bermanfaat buat para ibubapa yang telah menyertai program ini. Salam sukses dari saya!!!
==============================================================