fbpx

HOW TO PACE AND LEAD IN YOUR PRESENTATION

Apabila seorang presenter terlalu EXCITED tentang penyampaiannya atau idea yang mahu disampaikan, boleh jadi dia terlupa yang audien belum tentu akan teruja kerana mereka tidak berada pada tahap MOOD seperti presenter tersebut.

Oleh itu, sebelum bermula anda perlu iktiraf keadaan diri audien dari aspek pemikiran dan (mood) perasaan mereka. Apabila anda lakukan ini, secara langsung menunjukkan pada mereka yang anda sedar keadaan diri mereka dan audien akan mula buka ruang dalam hati dan minda untuk terima idea serta penyampaian anda.

MENGAPA INI PENTING ?

Kadang-kadang apabila presenter memulakan penyampaian dengan kata-kata seperti ini:

  • “Saya teruja untuk berkongsi dengan anda….”
  • “Saya ingin kongsikan berita yang baik ini dengan anda….”
  • “Saya mempunyai formula untuk bantu anda….”

kata-kata ini tidak salah, namun ianya menunjukkan yang anda berada di satu dunia yang lain manakala audien anda berada di dunia lain. Dimanakah persamaannya ? Oleh itu, suntikkan sedikit “LOGIK” atau “SEBAB” mengapa mereka berada disitu untuk mendengar penyampaian anda.

BERMULALAH DARI MANA ANDA SEDANG BERADA

Daripada terus bermula dengan kata-kata yang membuatkan diri anda EXCITED. Gunakankan ayat yang menunjukkan anda memahami audien anda. Gunakan perkataan yang boleh dipadankan dengan keadaan diri audien, pengalaman mereka, latar belakang atau keperluan mereka.

Sebagai contoh ini antara ayat saya apabila menjalankan Program Finishing School di Akademi Seni Budaya Warisan Kebangsaan (ASWARA).

“Adik-adik semua… saya faham anda lain daripada lain… tidak seperti IPT yang lain tu… skema-skema…. anda lain…” (reaksi yang saya dapat selepas kata-kata ini daripada pelajar ASWARA amat menarik, mereka akan ketawa dan bersetuju dengan saya)

Selepas anda sudah menggunakan ayat yang menunjukkan anda memahami keadaan diri mereka. Sekarang anda perlu bimbing/pimpin minda dan hati mereka untuk masuk ke topik penyampaian anda. Inilah yang dinamakan “Pacing and Leading”.

PACING

Pacing ialah suatu teknik dimana kita bercakap dan buat sesuatu yang PADAN dengan model dunia mereka (audien). Pacing boleh berlaku bukan sahaja melalui kata-kata kita bahkan dengan menyesuaikan intonasi suara dan bahasa badan kita dengan mereka. Contohnya anda boleh menggunakan intonasi yang serius apabila berbual dengan seorang pelanggan yang risau tentang sesuatu. Anda juga boleh menggunakan intonasi suara yang santai atau seperti budak-budak apabila bercakap dengan audien yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. 

Pakar NLP Joseph O’Connor dan John Seymour menyatakan PACING ini ialah seperti JAMBATAN. “Anda tidak boleh memimpin seseorang melalui sebuah jambatan jika tidak membinanya dahulu.” 

LEADING

Leading berlaku apabila anda mula bercakap dengan membawa minda dan buah fikiran mereka ke arah yang anda mahukan. Khususnya ke arah topik perbincangan atau penyampaian anda. Audien akan mula terima idea kita apabila kita telah membina JAMBATAN yang kita lakukan ditahap PACING tadi.

Sebelum anda membentang atau berucap. Fikirkan siapakah audien anda ?

  • Adakah mereka dipaksa untuk hadir ke presentasi anda ?
  • Adakah audien anda para profesional atau pelajar ?
  • Adakah topik anda sesuatu yang baru buat mereka ?
  • Adakah audien anda bayar untuk hadir ke program anda ?

Tanya pada diri sendiri “Agak-agak apakah yang audien saya sedang fikirkan atau rasa tentang topik penyampaian saya ?” Mungkin mereka fikir  :

  • “Harapnya topik ini berbaloi dengan masa yang saya laburkan…”
  • “Saya harap dapat beberapa pencerahan melalui seminar ini…”
  • “Dah lah saya dipaksa untuk hadir ke program ini… harap best lah…”

Tulis kata pembuka yang padan dengan fikiran dan perasaan mereka.

Gunakan Teknik YES SETS.

Yes Sets ialah suatu teknik dimana anda menyatakan 3 FAKTA yang membolehkan audien berkata “YA !!” kepada anda. Ini bermaksud, anda perlu cakap sesuatu yang benar dan membuatkan audien bersetuju dengan anda. Contohnya :

  • “Saya tahu anda semua sibuk dan telah laburkan sejumlah wang untuk hadir ke seminar hari ini.”
  • “Sepertimana anda sedia maklum, di dalam seminar ini saya akan dedahkan rahsia bagaimana anda boleh aplikasikan teknik penyampaian berkesan”
  • “Teknik yang akan dikongsikan benar-benar berkesan dan memberi kuasa baru dalam seni penyampaian anda.”

Gunakan ayat transisi. Ayat transisi ialah perkataan atau ayat yang anda boleh gunakan untuk menghubungkan antara PACING dan LEADING. Kaedah ini menjadikan audien boleh hadam  apa yang anda katakan sebelum ini dengan apa yang anda nak katakan seterusnya. Contohnya :

  • “Dengan apa yang saya katakan tadi, maka sekarang mari kita lihat tajuk ini…”
  • “Untuk menjadikan anda lebih faham dengan tiga poin saya tadi saya ingin kongsikan dengan anda….”
  • “Disebabkan masalah-masalah yang sedang hadapi tadi. .. sebab itulah saya mahu kongsikan tip-tip ini dengan anda…”

contoh-contoh ayat diatas merupakan transisi dan leading yang boleh dilakukan secara profesional oleh anda sewaktu presentasi atau dimana-mana sahaja dalam komunikasi seharian anda.

Pastikan anda lakukan PACING yang secukupnya sebelum LEAD mereka. Sekiranya audien anda terdiri daripada peserta yang bermasalah atau mempunyai RESISTANT yang tinggi sewaktu memulakan penyampaian. Anda perlu lakukan PACING lebih daripada 3 kali. Jika tidak. Anda akan merasakan audien agak kurang respon dengan ucapan, penyampaian atau aktiviti yang anda minta mereka lakukan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang urusan pertanyaan atau jemputan ke organisasi anda. Whatsapp 0192111285 (En. Syed) atau emel bestbelajar@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.