Selalunya Pelajar/Audien akan lebih bermotivasi dalam melakukan Aktiviti Brain Breaker yang anda jalankan kepada mereka. Namun akan ada juga pelajar yang tidak selesa atau tidak mahu melakukan aktiviti yang anda lakukan.
Untuk itu, amatlah penting untuk anda jadikan Aktiviti Brain Breaker anda sesuatu yang menyeronokkan supaya tentangan (resistance) daripada pelajar / audien dapat dikurangkan sewaktu menjalankannya kepada mereka.
Dikongsikan 3 Petua supaya Aktiviti Brain Breaker menjadi lebih mudah dan seronok :
1. TUNJUK SIKAP POSITIF
Zahirkan rasa seronok dan mudahnya untuk lakukan aktiviti yang anda mahu lakukan.
Mula dengan “Mind Set” bahawa semua pelajar akan berikan kerjasama
Sekiranya ada pelajar yang tidak lakukan 100% pada 30 saat yang pertama. Jangan terus tengking pada pelajar tersebut. Sebaliknya, gunakan bahasa badan seperti tunjuk pada pelajar tersebut untuk turut terlibat. Selalunya apabila anda tunjuk tangan pada mereka. Mereka akan turut terlibat.
2. MAINKAN MUZIK
Pasang muzik yang rancak untuk memotivasikan pelajar turut serta dalam aktiviti yang dijalankan
Muzik juga boleh dimainkan mengikut generasi mereka. Jangan pula pasang lagu zaman 70-an untuk pelajar generasi sekarang. 😛
3. JALANKAN SECARA BERPASANGAN
Gandingkan pelajar / audien dengan pasangan. Apabila perkara ini dilakukan. Mereka akan bersaing untuk melakukan yang terbaik. Secara tak langsung mereka juga akan terhibur antara satu sama lain.
Sebaiknya mulakan dengan meminta mereka cari pasangan sendiri. Pada pusingan-pusingan seterusnya baru anda minta mereka cari pasangan lain pula. Yang mereka tidak kenal.
================================================
SERTAI BENGKEL THE KINESTHETIC PRESENTER
Tarikh : 17 SEPTEMBER 2016 (Sabtu)
Tempat : Dewan GPMS, Alor Setar, Kedah
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Yuran Asal. : RM 199
(seorang)
Yuran Promosi : RM 170 (Seorang)
Daftar Berdua : RM100 (Seorang)
#Bayar sebelum 10 September untuk Harga Istimewa ini.
Jangan lepaskan peluang ini.
Whatsapp untuk Pendaftaran :
017 – 253 47 29 (Tuan Nabil)
017 – 253 47 29 (Tuan Nabil)
017 – 253 47 29 (Tuan Nabil)
0 Comments