fbpx

Maksud Flow of Learning di sini ialah apabila seorang pelajar yang sedang belajar berada di dalam keadaan FULL FOCUS, FULL INVOLVEMENT dan ENJOY dengan apa yang dia sedang lakukan pada ketika itu.

Sama seperti apabila kita main game tak perasan apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, bagi orang dewasa pula apabila mereka sedang tonton drama yang penuh dengan babak beremosi. Pada ketika itu, kadang-kadang tak perasan anak tengah panggil atau air sedang mendidih di dapur. Terlupa seketika dek kerana terlalu FOKUS pada agedan drama di tv tu. 

Ada 3 Strategi yang biasa saya kongsikan dalam Program Best Belajar supaya pelajar boleh masuk ke dalam FLOW of LEARNING mereka ketika belajar di rumah dan mungkin Guru boleh aplikasikan sewaktu PdPc di dalam kelas.

3 STRATEGI ini saya bangunkan melalui Strategi Visual, Audio dan Kinesics.

Dalam artikel ini saya terangkan bagaimana menggunakan Strategi Visual.

VISUAL #1 : Tulis Matlamat atau Gambar/Simbol Kejayaan yang ada kaitan dengan apa yang anda mahukan. 

Sebagai contoh, sewaktu saya belajar PhD saya memang tulis nama penuh saya “Dr. Syed Faizal Sitheek Rahman” dan letak di wallpaper komputer saya. Setiap kali sebelum menulis kajian tesis PhD. Saya ambil masa beberapa saat untuk tengok wallpaper tersebut dan bayangkan diri saya sebagai seorang Graduan PhD kelak.

VISUAL #2 : Imaginasi. Anda perlu bayangkan the end result that you want to achieve. Sama seperti ayat akhir saya diatas, Saya ambil masa beberapa saat untuk tengok wallpaper tersebut dan bayangkan diri saya sebagai seorang Graduan PhD. Apabila saya lakukan perkara ini, secara tak langsung emosi saya mula membuak-buak dan perasaan nak lakukan sesuatu mula datang. (From Visual now Kinesics trigger)

VISUAL #3 : Apa nak Capai. Bayangkan apa yang anda nak hasilkan atau capai melalui proses atau aktiviti yang anda nak lakukan sekarang atau kejap lagi.

Perkara ini saya lakukan dalam minda secara “Mental Visualization“. Saya bayangkan sedang menyiapkan atau menulis satu muka surat pada waktu tersebut. Apabila saya buat proses ini, Ianya mengurangkan saya fokus pada perkara yang tak perlu sebagai contoh buka Youtube, tengok smartphone dan lain-lain. 

Otak kita sangat hebat tuan puan. Apabila Otak jelas apa yang nak dibuat. Badan kita akan lebih terarah untuk buat kerja yang sepatutnya. Carilah inspirasi dengan Strategi yang betul untuk gerakan tubuh badan kita.

Bak kata Tony Robbins (Pakar Motivasi Antarabangsa) “In life you need either INSPIRATION or DESPERATION.” 

#drsyedfaizal #bestbelajar #FLOW


0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.