fbpx

HINDARI SAHABAT KETAM

Dalam kerjaya saya, saya perlu berkerja dan menemui ramai insan-insan yang kemudiannya akan menjadi kenalan, kawan dan sahabat saya. Mereka terdiri daripada golongan pelajar, mahasiswa, professional dan warga korporat. Antara mereka ini, ada yang berubah ke tahap yang baik selepas hadiri program bersama saya. Namun hairannya, pasti akan ada individu-individu yang tidak akan berubah. Walaupun mereka berjumpa dengan saya secara peribadi untuk berubah. Namun mereka tidak akan berubah untuk ke tahap yang lebih cemerlang.

Pada mulanya, saya tidak dapat memahami mengapa mereka bertindak sedemikian. Setelah saya amati beberapa aspek. Saya mula fahami satu perkara. Perkara tersebut saya selitkan dalam e-Book “7 Petua Bersahabat” saya. Sebab yang pertama ialah kerana mereka bersahabat dengan SAHABAT KETAM.

Hadis ini juga menekankan kepentingan pada kita untuk memilih sahabat-sahabat yang dapat membantu kita maju ke hadapan. Bukan maju ke arah belakang!!!

Saudara-saudari semua, saya melihat perkara ini sangat penting jika kita mahu maju ke hadapan. Fenomena memilih sahabat yang berakhlak baik dipandang ringan di dalam masyarakat kita. Tahukah anda bahawa ramai manusia di luar sana masih di tahap yang sama hanya kerana mereka masih berada di dalam lingkungan sahabat-sahabat yang bersifat ketam.

Ya!!! Bersifat ketam. Mengapa saya kata ketam. Ini adalah kerana jika anda ambil beberapa ekor ketam dan letakkan mereka di dalam sebuah bakul. Anda akan lihat ketika ketam yang paling atas cuba melarikan diri keluar dari bakul tersebut. Ketam dibawahnya akan menarik ketam yang sedang memanjat untuk melarikan dirinya daripada bakul tersebut. Akhirnya tiada siapa yang akan berjaya keluar dari bakul tersebut.

Lihatlah bagaimana Allah menunjukkan hikmahNYA kepada kita melalui sifat ketam ini. Ini adalah satu pengajaran besar yang kita perlu teladani.

Perkara yang sama juga berlaku dalam hidup kita. Pernahkah saudara-saudari hadapi perkara ini. Saya yakin pasti ada saat-saat saudara-saudari mahu berubah dalam hidup anda. Namun kerana lingkungan sahabat-sahabat yang bersifat ketam ini. Membuatkan anda akhirnya masih berada dalam alam kehidupan yang sama bersama mereka.

Saya masih ingat lagi ketika saya berkawan dengan sahabat-sahabat yang jenis suka keluar rumah waktu malam. Saya cuba berubah untuk kurangkan keluar rumah di waktu malam.. Namun agak sukar untuk saya lakukannya, kerana mereka akan menelefon saya dan memaksa saya untuk keluar bersama mereka. Mengapa saya mahu kurangkan keluar pada waktu malam ialah kerana saya merasakan lepak di luar rumah pada waktu malam satu sikap yang tidak baik. Lebih daripada itu, kami pasti akan makan dan minum apabila bertemu. Faktor ini menyumbang kepada penurunan kesihatan tubuh badan saya dan perbelanjaan makan minum saya juga akan terlari dari bajet bulanan saya.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.