fbpx

Hari Pernikahan SYED — SITTI

Alhamdulillah, dalam banyak-banyak hari yang penting dalam hidup saya. Akan muncul pula satu lagi hari yang teramat penting dalam hidup saya.

HARI PERNIKAHAN SYED & SITTI….. (^_^)

main 1

Saya tidak pasti apakah perasaan saya ketika ini… ada rakan-rakan yang bertanya “berdebar-debar tak?” “Dubdapdubdap tak ?”

Apa yang pasti… hari penting akan tiba… dan saya perlu bersiap sedia menghadapinya.

Apa yang lebih merisaukan saya ialah bagaimana saya akan membimbing seorang lagi insan yang bergelar ISTERI/Bidadari/Permaisuri dalam hidup saya selepas hari pernikahan ini.

69607_10151447696018656_357146715_n

 

Tentunya saya perlu bimbing beliau dengan ilmu dan pengalaman yang saya telah lalui dalam hidup ini. Lebih penting lagi, banyak lagi kami akan belajar antara satu sama lain. Akan ada masa kami akan bergaduh, salah faham, konflik. Akan ada juga masa kami saling memahami satu sama lain.

Walau apa pun, kami perlu teruskan hidup kami dan buktikan pada dunia ini bahawa “We made it!!” Happy Family yeahh!! (^_*)

Saya mohon buat teman-teman dan sahabat-sahabat semua untuk doakan kebahagiaan kami dan semoga keluarga yang kami bina ini dapat memberikan jasa yang lebih baik untuk masyarakat sekeliling kami insyaALLAH…aminnnn

Jemput datang ya pada 26 Mei 2013 di Pulau Pinang…. (^_^)

DSC_021333

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.