GUNA KAEDAH I.K.E.A DALAM PRESENTATION ANDA

Berikut merupakan kaedah yang saya sentiasa gunakan dalam membina poin-poin penyampaian saya secara Rasional dan Berimpak. Formula ini benar-benar membantu anda untuk :

  1. Membina penyampaian yang berstruktur
  2. Menyakinkan audien terhadap hujah dan penyampaian anda
  3. Menyakinkan diri anda terhadap pengisian yang hendak disampaikan

 

KAEDAH I.K.E.A

I = IDEA ANDA

Nyatakan idea atau pendapat anda pada permulaan penyampaian anda. Sebagai contoh “Saya berpendapat Generasi Pelajar sekarang seperti STRAWBERRY.”

kemudian susuli dengan K

K = KENAPA ANDA BERKATA BEGITU

Berikan Fakta atau alasan, kenapa anda berkata begitu. Selitkan Fakta ini selepas anda menyatakan idea anda. Kaedah ini menjadikan audien terus tergamam dan tidak mampu untuk menyangkal idea anda. Sebagai contoh “Sejak 5 tahun lalu hingga sekarang saya sering mendengar keluhan ibubapa yang memberitahu anak-anak mereka perlu dilakukan ini…. itu… bla bla bla…”

E = EXAMPLE(BERIKAN CONTOH UNTUK MENYOKONG FAKTA)

Setelah anda menyatakan FAKTA anda. Berikan CONTOH untuk memantapkan lagi fakta yang anda telah nyatakan tadi. Contoh ini boleh cari melalui pengalaman peribadi atau bacaan anda. Sebagai contoh “Selain mendengar keluhan ibubapa, saya sendiri telah lihat dengan dua biji mata saya sendiri bagaimana seorang pelajar yang diejek oleh kawannya terus tidak mahu datang sekolah. Demam 1 minggu.”

A = AMBIL SEMULA IDEA PERTAMA

Setelah anda lalui proses I -> K -> E. Kini anda hanya perlu ulang semula Idea Poin Pertama anda. Kaedah ini sangat berkesan dan memantapkan hujah penyampaian anda.

 

APABILA KAEDAH I.K.E.A DIGUNAKAN SEPENUHNYA

Sekarang lihat contoh penuh “Saya berpendapat Generasi Pelajar sekarang seperti STRAWBERRY (Idea). Sejak 5 tahun lalu hingga sekarang saya sering mendengar keluhan ibubapa yang memberitahu anak-anak mereka perlu disuapkan segala-galanya, mereka sangat dimanjakan dan lembut seperti Strawberry (Kenapa). Selain mendengar keluhan ibubapa, saya sendiri telah lihat dengan dua biji mata saya sendiri bagaimana seorang pelajar yang diejek oleh kawannya terus tidak mahu datang sekolah. Demam 1 minggu (Example). Maka tidak salah apabila saya sebut Generasi sekarang seperti Strawberry (Ambil Semula Idea Pertama).

 

Selamat mencuba!!!

=================================================================

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.