fbpx

GET IT RiGHT™ | Testimoni Kolej Profesional MARA 6 April 2013

Merancang Kerjaya Gaya SmartStudy Get it R.i.G.H 294.294

 

Program yang sangat menarik. Saya telah memperoleh banyak pengetahuan mengenai KERJAYA melalui program ini. Tidak membosankan kerana penceramah sangat sporting dan memahami jiwa pelajar. Melalui program ini saya dapat meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai.

  • Nor Adilah Bt. Abdullah, Diploma Islamic Banking and Finance.

Program ini best. Kalau boleh nak datang program ini lagi lain kali. Banyak maklumat yang saya dapat. Banyak benda yang saya tak pernah dengar dan tak pernah tahu dengan menyertai program ini saya dapat banyak ilmu. Contohnya cara nak berhadapan dengan interviewer, cara berpakaian, warna pakaian yang sesuai untuk interview.

  • Wan Nasihah Ja’ayidah Bt. Wan Jusoh

Program yang sangat menarik, best dan banyak ilmu dapat terutama tentang RESUME dan interview walaupun ini kali kedua sertai program ini. Abg Syed still happening and enjoys walaupun the whole day dengan kami. Thank you abg. selamat pengantin baru.

  • Syarifah Nor Alia Bt. Habib Rahmad, Diploma in Islamic Banking and Finance.

Program ini sangat menarik sebab menerangkan tentang cara “HOW TO KNOW OURSELVES BETTER”. Some of my friends ada yang tak tahu bakat sendiri. So maybe through this programme they would know better. Kami juga boleh belajar cara yang betul dengan cara visual, audio dan kinestetik. So thank you a lot Abg Syed. Tips-Tips yang menarik.

  • Sharifah Hajar Aishah Syed Kamaruddin, Diploma in Islamic Banking and Finance.

Sangat seronok. Kelakar sangat sampai tak kering gusi. Banyak belajar benda baru. Banyak dapat input untuk kerja nanti. Abg Syed sangat sporting. Banyak bagi support. Cara penyampaian yang jelas. Hope see u next time kalau ada umur yang panjang. Abg Syed sentiasa senyum je.

  • Zuriana Bt. Ozau

Pendapat saya, program ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa untuk memastikan pelajar mendapat pengetahuan yang lebih untuk menghadapi dunia sebenar.

  • Abdul Muhaimin B. Md Fauzee

Merancang Kerjaya Gaya SmartStudy Get it R.i.G.H 295.295

 

Program ini amatlah bagus bagi mereka yang ingin melangkah ke alam kerjaya. Agar program ini dapat dijalankan semester hadapan. Informasi yang menarik, padat dan berguna untuk kami. Penceramah yang ramah, pemurah senyuman dan hormati orang lain. Good luck for your future.

  • Nor Atikah Najwa Muhammad, DBF.

Dapat belajar banyak pasal interview. Tahu cara bagaimana nak berhadapan dengan majikan apabila sudah atau sebelum bekerja. Suka dapat berjumpa dengan orang yang lebih pandai dan bijak menguruskan bagaimana nak berjaya.

  • Nurul Azrena, DBF

Program Get it RiGHT menarik. Best. Tak rugi pergi. Banyak manfaat. 

  • Syafiqah Nur Fatin, DBF

Program yang sangat bagus dan terlalu banyak info baru yang saya telah peroleh. Abg Syed pandai menarik minat kami semua supaya tidak mengantuk dan bosan. Banyak input yang boleh diaplikasikan keseluruhannya. Program yang perlu diadakan lagi di kolej.

  • Nur Haziera Syazwani, DBF.

Program Get it RiGHT ini amat berguna bagi sesiapa sahaja kerana program ini menyumbang banyak ilmu yang kita tidak ketahui sebelum ini.

  • Nurul Afiqah Bt. Abas, DBF

Sekarang saya dapat tahu penampilan yang betul bila nak interview. Sebab sekarang ini saya tak suka pakai make-up. Kawan-kawan selalu jugak tegur. InsyaALLAH lepas ini akan dipraktikkan (^_^). Dan sekarang juga saya dah ada keyakinan kalau dipanggil interview untuk berkerja. Tak sabar pulak nak habis belajar. hehehe.. Thanks Abg Syed. – Ruzana Bt. Rohidan, DBF.

Program ini best. Input pun cukup. Tak membosankan sebab slide dan penyampaian yang menarik.

Dapat belajar cara yang betul untuk pergi interview. Harap program ini dapat dibuat lagi untuk junior KPMBM. Bro Syed da bez. Dengan program ini saya berasa lebih confident sekiranya dipanggil untuk interview. – Nur Waheedah Bt. Zuhairi, DBF.

 

get it right logo.173

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.