FIRST IMPRESSION : APA ANDA PERLU LAKUKAN ?

Tahukah anda, apabila kita bertemu seseorang.  Secara tidak sedar kita akan menilai adakah orang tersebut sesuai untuk menjadi kawan atau lawan kita. Adakah orang itu seorang yang menyakinkan atau pengecut dan adakah dia boleh menjadi pasukan kita sebagai sekutu atau menjadi musuh.

Di dalam Bahasa orang putih ada terma yang disebut “Fight or Flight” yang membawa maksud badan dan otak kita memberi respon pada situasi tertentu dan menilai adakah kita perlu terus berhadapan (fight) dengan musuh atau lari (flight). Ini sebenarnya adalah sifat semulajadi manusia.

Jadi, apabila kita berada dalam situasi baru. Tiga soalan di atas secara spontan akan muncul daripada diri kita. Apabila seseorang berjaya menjawab 3 soalan atau tahap di atas ini. Orang itu menjadi kenalan kita, rakan kita, sahabat kita bahkan boleh jadi seorang prospek menjadi klien.

APAKAH YANG SAYA BOLEH LAKUKAN UNTUK MENANG “FIRST IMPRESSION

Salah satu kaedah untuk memenangi hati dan minda orang lain apabila anda bertemu buat pertama kali ialah dengan menggunakan Teknik “Triple Threat” . Triple Threat ini melibatkan :

  1. Penggunaan Tangan (Hand Gesture)
  2. Postur (Posture)
  3. Pandangan Mata (Eye Contact)

HAND GESTURE

Di dalam satu kajian yang dilakukan oleh Vanessa Van Edwards (Pakar Bahasa Badan) beliau mendapati Presenter yang membentang di dalam Ted Talk mendapat view yang tinggi apabila mereka menggunakan Bahasa Tangan yang banyak berbanding presenter lain. Sebagai contoh. Gambar pertama di bawah ini ialah Simon Sinek. Kajian yang dilakukan oleh Vanessa mendapati Simon menggunakan lebih 600 kali gaya bahasa tangannya dalam masa 18 minit berbanding presenter lain.

APA PERLU SAYA BUAT : Gunakan Gaya bahasa tangan yang kerap dan bersesuaian.

 

POSTURE

Kajian oleh Jessica Tracy dan David Matsumoto mendapati individu yang menang selepas pertandingan di dalam Olimpik menzahirkan bahasa badan yang menyakinkan berbanding individu yang tewas. Orang yang menang badannya tegak, lurus dan kepala menghadap kehadapan atau donggak sedikit ke atas. Individu yang tewas, kepalanya akan turun kebawah dan badan juga mengucup sedikit yang menzahirkan bahasa badan yang lemah. Gambar dibawah menunjukkan “Power Posing” yang menunjukkan kita menyakinkan.

Anda digalakkan melakukan power posing ini beberapa kali sebelum bertemu klien agar hormon keyakinan diri terbina dan bertambah.

APA SAYA PERLU BUAT : Tunjukkan Postur badan yang mantap dan berkeyakinan.

 

EYE CONTACT

Dr. Michael Argyle yang merupakan Pakar Psikologi Sosial menyatakan orang di negara Barat & Eropah  cenderung untuk kekal “Eye Contact” hampir 61% dalam perbualan mereka. Di dalam satu ujian lagi yang dinamakan “World Biggest Eye Contact Experiment” dua orang individu yang tidak dikenali antara satu sama lain (orang asing) diminta untuk kekal melihat mata (Eye Contact) antara satu sama lain selama 1 minit.

Hasilnya sungguh luar biasa. Hampir 100,000 orang telah mengambil bahagian di dalam eksperimen ini di 156 buat lokasi yang berbeza. Antara yang luar biasa dan menghairankan ialah walaupun dalam 1 minit tanpa berkata-kata. Ada sahaja individu atau pasangan yang mengeluarkan air mata,  ada yang berpelukan dan sebagainya.

APA SAYA PERLU BUAT : Lakukan “Eye Contact” yang kerap pada audien anda. 

Semoga bermanfaat

 

  • Syed Faizal Sitheek Rahman
  • Learning & Presentation Specialist
  • Kumpulan Best Belajar Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.