fbpx

Didik Hati Bersabar

Hati kita perlu di didik untuk bersabar. Sabar bukanlah satu matapelajaran yang kita belajar dengan didikan formal di bangku sekolah. Ianya perlu dikutip dengan pengalaman hidup.
Sejarah membuktikan orang yang bersabar di pandang mulia. Orang yang bersabar bijak orangnya. Orang yang bersabar lebih dikasihi, Orang yang bersabar mempunyai hati yang tenang. (^_^)
Hati yang sihat mampu membantu kita menjadi KREATIF…mampu membantu kita menjadi FOKUS pada perkara yang kita lakukan. Hati yang sihat mampu membantu kita menjadi AGRESIF pada perkara kita ghairah lakukan. Dengan menggunakan
Di sini saya kongsikan kisah Khalifah Islam yang ke – 2 iaitu Umar Bin Al-Khatab tentang bagaimana beliau mencontohi kesabaran Rasullullah s.aw terhadap leteran isterinya. (^_^)
Kisahnya bermula begini …..
Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka berleter. Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya. Umar tidak menjawab sepatah pun.
Lelaki itu beredar sambil berkata,
“Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?”

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.
Lelaki itu berkata,
“Wahai Amirulmukminin,tujuan kedatanganku adalah untuk mengadu berkenaan perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku baru sahaja mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?”

Umarpun berkata kepadanya,
“Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.

Lelaki itu menjawab,
“Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.”
Umar berkata,
“Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja.”
Rasulullah SAW sendiri telah mengingatkan,
“Janganlah seseorang yang beriman (lelaki) membenci seorang (isterinya yang) beriman (perempuan), kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang dia suka.”
– (Riwayat Muslim dan Ahmad) –

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.