fbpx

 

Sebagai seorang PELAJAR yang mendalami ilmu bahasa badan, saya telah diajar bahawasanya setiap hari kita tidak dapat elak daripada berkomunikasi secara non-verbal kepada orang sekeliling kita. “Our body always communicate”

Oleh itu,

Apabila anda mengintepretasi bahasa badan seseorang, sila berpaksikan kepada 5 Prinsip Kecerdasan Bahasa Badan ini. Di dalam posting ini saya kongsikan Prinsip pertama.

Tidak ada adil jika anda menilai seseorang dengan hanya melihat satu bahasa badannya sahaja. Sebaliknya anda perlu lihat beberapa kluster bahasa badan orang tersebut apabila anda mahu tentukan jika dia sedang menipu atau tidak. Tingkatkan ketepatan anda dengan melihat pada kekerapan bahasa badan yang dizahirkan. Contohnya :

?? Menyentuh hidung
?? Gosok mata
?? Menutup mulut
?? Mengambil langkah kecil ke belakang
?? Mengelak pandang mata

Ini menjadikan kebarangkalian individu tersebut sedang berbohong amat tinggi.
Apa-apa pun sesuaikan dengan konteks dan situasi pada waktu tersebut.
Perkara sama apabila anda mahu tentukan perasaan seseorang. Never assume someone by just seeing one part of their body language.

=============================================
Urusan Jemputan / Pertanyaan Program/Coaching Whatsapp 019 – 211 12 85 (Syed Faizal)