fbpx

Bina Vokal Bagi Memukau Audien

Suara kita sama seperti otot kita. Ianya menjadi lebih kuat dengan senaman dan penggunaan. Jika kita lihat, ramai penceramah yang dahulunya mempunyai masalah suara menjadi penceramah yang hebat dan yakin dengan membina suara mereka melalui latiha berulang-ulang kali. Anda juga boleh lakukannya.

Salah satu caranya ialah :

Baca Puisi dengan suara lantang. Pilih mana-mana puisi yang mudah untuk dihafal dan deklamasikan puisi itu berulang kali. Semasa mendeklamasikan puisi. Bayangkan diri kita sedang membuat persembahan di hadapan audien kita.

Pastikan untuk hadirkan emosi, perasaan, penekanan diksi dan tenaga dalam setiap kata-kata dan ayat kita itu. Sesekali cuba ubah pula penekanan pada ayat-ayat kita itu. Lakukan ini dengan gaya badan dan berlatih hingga nampak seperti sudah pakar dan tenang ketika membacanya sambil mengerakkan tangan kita.

 

Selain ini, kita juga boleh membina vokal yang hebat melalui membaca skrip dengan kuat. Lakukan latihan ini dengan berdiri dan menggerakan badan sambil membacanya. Bayangkan anda berdiri di atas pentas dan di hadapan khalayak ramai. Cubalah…dan lihat perubahannya pada diri anda…

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.