fbpx

Bina Disiplin untuk Lakukan Perkara yang Anda Tidak Suka

Sebagai seorang pelajar atau seorang pekerja atau seorang usahawan. Binalah DISIPLIN untuk lakukan perkara yang anda tidak suka secara kecil-kecilan. DISIPLIN ini akan membantu anda untuk lakukan perkara-perkara yang BESAR kelak. (^_^)

pain-of-discipline

Saya pasti perkataan DISIPLIN bukanlah perkataan kegemaran orang ramai. Saya juga tidak suka berdisiplin sangat. Namun pengalaman hidup mengajar saya, untuk pergi jauh dalam hidup ini. Kita perlu berdisiplin. Saya telah melalui beberapa fasa hidup setakat ini yang mengajar saya bahawa disiplin amat penting.

Antaranya ialah :

Berdisiplin dalam BELAJAR berbanding tengok T.V

Berdisiplin dalam BERSENAM berbanding MAKAN MELAMPAU

Berdisiplin dalam BERJIMAT berbanding BOROS

Berdisiplin dalam BERSABAR berbanding BARAN

Berdisiplin dalam KERJAYA berbanding Main-main

Perkara asas untuk kita menjadi BERDISIPLIN ialah dengan mengetahui apa yang kita mahukan. “Knowing What You Really Want”. Apabila kita tahu apa yang kita mahu. Kita akan mempunyai matlamat yang lebih jelas atau sekurang-kurangnya kita mempunyai motivasi dalaman untuk membantu kita mencapai apa yang kita mahukan.

Disiplin yang anda lakukan secara sedikit demi sedikit pasti akan membantu anda untuk perkara yang besar kelak.

Mari saya kongsikan dengan anda Prinsip Si Katak.

Sekiranya anda mengambil seekor katak dan masukkannya ke dalam sebuah bekas air yang mendidih. Katak itu pasti akan LOMPAT keluar!!! Ini kerana kepanasan yang melampau secara tiba-tiba baginya.

Namun jika anda ambil seekor katak dan masukkannya ke dalam sebuah bekas air yang suam atau tidak panas. Katak tersebut mungkin akan duduk lama di dalam bekas itu. Kemudian, cuba anda panaskan air tersebut secara perlahan-lahan. Selepas beberapa minit. Anda dapat lihat katak tersebut mati. (Katak Rebus katanya hahaha)

frog-in-boiling-water

Persoalannya ialah…. Kenapa Pemanasan yang perlahan-lahan menyebabkan katak tersebut tidak lompat keluar.

Inilah yang saya namakan Prinsip Si Katak. Perubahan yang sedikit demi sedikit tidak memberikan amaran pada katak. Namun perubahan yang besar memberikan amaran pada katak.

Begitulah juga kita sebagai manusia. Perubahan atau Disiplin yang sedikit demi sedikit itu lebih baik berbanding Disiplin yang terlalu besar yang anda mahu lakukan.

Di dalam Program Motivasi & Bimbingan Sistem B.E.S.T BELAJARâ„¢ saya. Saya sering beritahu pelajar untuk belajar sikit-sikit berbanding belajar banyak-banyak. Ini kerana selalunya apabila pelajar belajar banyak perkara dalam satu masa. Kebarangkalian untuk lupa itu tinggi.

BEST BELAJAR

Jadi lebih elok sekiranya anda, belajar sedikit demi sedikit berbanding banyak. Dan untuk lakukan ini anda perlu mempunyai DISIPLIN!!!!

Selamat Berdisiplin buat anda semua….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.