BAGAIMANA SAYA BOLEH UBAH CARA PANDANG NEGATIF SAYA KEPADA CARA PANDANG POSITIF ?
Setiap pelajar akan rasa bimbang dan risau apabila menghampiri peperiksaan. Perasaan bimbang ini akan membawa kepada pemikiran negatif sekiranya tidak dibendung secara profesional oleh ibubapa, guru mahupun diri sendiri (pelajar).
Untuk menjadikan pelajar lebih matang menghadapi pemikiran negatif ini.
Gunakan kaedah “ULANGKAJI POSITIF BESTBELAJAR™” ini .
===========================================================
LANGKAH PERTAMA
Senaraikan Soalan-soalan negatif yang sering muncul sewaktu sesi ulangkaji atau sewaktu belajar. Senaraikan perkara ini di dalam jadual seperti dibawah ini.
SOALAN NEGATIF
Kenapa belajar membosankan ?
Kenapa saya dapat markah rendah dalam ujian bulanan yang lalu ?
Kenapa saya susah nak hafal fakta subjek sejarah ini ?
Kenapa saya tidak ada mood apabila hendak belajar ?
===========================================================
LANGKAH KEDUA
Langkah seterusnya, minta pelajar untuk tulis soalan yang berbentuk APAKAH atau BAGAIMANAKAH untuk mereka atasi masalah dan cabaran di ruang negatif.
SOALAN POSITIF
Bagaimanakah saya boleh jadikannya menarik ?
Apakah yang saya perlu lakukan untuk naikkan markah ujian bulanan saya ?
Apakah teknik yang saya perlu kuasai untuk hafal dengan mudah fakta subjek sejarah ini ?
Bagaimanakah saya boleh mencipta mood untuk belajar ?
===========================================================
LANGKAH KETIGA
Di peringkat akhir ini. Minta pelajar untuk lakukan aktiviti ini secara berkumpulan atau berpasangan. Minta mereka untuk pilih 3 soalan positif yang mereka telah hasilkan dan tulis apakah strategi atau langkah-langkah yang mereka perlu susun dan lakukan untuk atasi cabaran yang muncul dalam Ruang Soalan Negatif.
Sebagai Guru atau Jurulatih, anda boleh bimbing mereka sepanjang sesi ini. Kaedah ini juga merangsang KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI para pelajar.
Semoga bermanfaat.
* Panduan untuk “Download”. Klik Gambar di atas. Apabila Fail PDF telah terbuka di muka baru. Klik “Save As” atau “Download” terus. Semoga bermanfaat.
*Sekiranya anda dapati perkongsian ini bermanfaat. Mohon kongsikan BESTBELAJAR™ Toolkit ini di Facebook anda. Terima kasih.