fbpx

BEST PRESENTER @ UPSI

Pada 15 Mei 2014 yang lalu saya diberi peluang untuk berkongsi Tip dan Petua untuk menjadi BEST PRESENTER di UPSI. Pensyarah yang membantu untuk merealisasikan perkara ini ialah Dr. Mahani. Peserta pula terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi Pendidikan Awal Kanak-Kanak semester 4 dan 6.

LOGO BP.080

 

Antara maklumbalas yang saya terima daripada pelajar selepas program, saya kongsikan di sini.

Terima kasih atas kesudian Abg Syed Faizal kerana sudi berkongsi ilmu dalam pembentangan. Saya berbesar hati dapat banyak ilmu dalam bengkel ini. Saya amat berpuas hati dalam bengkel ini. InsyaALLAH ingin menjadi Presenter terbaik seperti abang. – Azhar B. Buhari, Sem 6.

Best. Tidak bosan. Lebih rasa berkeyakinan. Gembira. Nak gi bengkel Abang Faizal lagi. Pengalaman tidak dapat dilupakan. Boleh digunakan dalam presentation saya nanti. – Norhidayah Bt. Abdullah, Sem 4.

Dapat tahu cara nak menarik perhatian. Bertenaga. Tak bosan. Banyak berinteraksi dengan audiens. – Rasyidah Bt. Uzir, Sem 4.

Ilmu yang disampaikan sangat bermanfaat dan menarik. -Siti Annirah, Sem 4

Masa yang berlalu langsung tidak disedari. – Nurul Aimi, Sem 6.

Satu ilmu yang sangat baru dan bermanfaat. Tidak membazir atau rugi masa untuk hadir ke seminar ini. Perkongsian sangat baik. – Siti Hawa Bt. Liman, Sem 4.

Awesome sharing!! Sentap juga!! Zaap!!! Keep up the good work, keep on sharing & add on more values into other people’s life. Good job. I consume a lot from your sharing. Best!! Terbakar.. – Siti Athirah Mohd Zuki, Sem 6.

Setelah mengikuti bengkel ini, saya berasa Confident untuk menjadi Presenter dan ia juga banyak memberi ilmu dan strategi dalam diri saya. – Nurul Salwani, Sem 4.

Skills yang betul dalam presentation. Tidak rasa bosan langsung. Rasa bersemangat dan bertenaga semasa dan sepanjang bengkel. Datang lagi. – Siti Nursyazwana, Sem 4.

Apa yang Abg Syed tunjuk is the BEST!! Seronok dan tak bosan langsung. Mampu membuatkan saya nak present yang terbaik. – Mastura, Sem 4.

Ilmu yang disampaikan oleh Abg Faizal sangat best dan bermanfaat. Mudah untuk saya faham cara nak buat slaid presentasi yang baik. Cara penyampaian ilmunya tidak bosan dan dapat menarik perhatian saya untuk mendengarnya. – Rusidah Ahmad, Sem 4.

Selepas bengkel BEST PRESENTER, saya dapat mengetahui beberapa ilmu yang berguna untuk memantapkan diri semasa membuat presentation. Menambahkan keyakinan diri dan tidak berasa bosan semasa bengkel dijalankan. – Anis Syazwani, Sem 4.

Best!! Best!! Fresh one!!. Give me more… Thanks you for coming. – Nurdalilah, Sem4.

Sepanjang seminar ini berlangsung sangat menyeronokkan kerana presenternya sangat sporting disamping bahan penyampaiannya sangat menarik dan simple tapi padat dengan ilmu. – Nor Amira Adila, Sem 4.

Sesi yang dijalankan amat menarik dan tidak membosankan. Ilmu baru bagi saya sepanjang beradi di Universiti. Saya sangat teruja seorang anak muda dapat berkomunikasi dengan begitu baik dan berjaya dalam apa yang diceburi. Diharapkan dapat anjurkan sesi sebegini di masa hadapan. Terima kasih berkongsi ilmu. – Mohamad Khairul Adlan B. Abdullah, Semester 6, UPSI.

Presenter sangat bagus. Saya dapat banyak ilmu tentang presentation hari ini. – Nurul Husni Aida, Sem 6.

Bengkel ini sangat santai dan tidak membosankan sehingga tidak sedar masa telah tamat. Jangan serik datang lagi ke UPSI. – Siti Norapiza, Sem 4.

Presenter sangat aktif, Tak membosankan, Mudah faham dan ingat, Fokus tidak lari. Tolong datang lagi. – Siti Sakinah, Sem 4

Rasa berbaloi datang ke program BEST PRESENTER ini. Dapat tahu cara nak belajar dan buat presentation. Seronok dengan aktiviti yang dilakukan. Tq Abg Syed Faizal. – Nur Farah Ain, Sem 4

Ceramah yang santai dan mudah difahami. Suka dengar Syed Faizal cakap…laju dan jelas. Nak lagi tapi lama sikit.

 

Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang.

__________________________________________________________

Screen shot 2014-07-18 at 7.36.49 AM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.