Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang penyampai sewaktu merangka mesej yang hendak di sampaikan.
Apakah perhatian khusus yang perlu di fokuskan ?
Adakah sebarang format yang ada di luar sana yang boleh saya ikut untuk merangka mesej yang ingin saya sampaikan ?
Jawapannya ialah… Ya!! ada!!
Di dalam Modul Kemahiran Penyampaian & Pengucapan Awam saya, “BEST PRESENTER”

Menarik Perhatian para IBUBAPA dengan “GREETING” yang wow!! akan membuatkan mereka kagum dan mahu mengikuti penyampaian anda
Saya akan berkongsi dengan para pelajar atau guru serta profesional tentang Format BEST PRESENTER yang saya gunakan.
Sebagai seorang penyampai. Anda boleh gunakan 4 elemen utama di bawah ini :
- Greeting
- Hook
- 3 Main Points
- Conclusion
Mari kita mulakan dengan GREETING ( Ucapan Permulaan ). Adalah sebaik-baiknya anda memulakan “Greeting” anda dengan impak yang maksima bagi menangkap perhatian audien anda dalam masa 45 saat yang pertama. Kajian menunjukkan bahawa 45 saat yang pertama dalam Pengucapan Awam / Penyampaian adalah kritikal bagi menangkap perhatian audien. Itu adalah masa di mana audien anda sedang melakukan “First Impression” atau “Mental Judgement” terhadap diri anda. Jadi lakukanlah yang terbaik!!!
Jika “First Impression” kita sudah mengecewakan audien. Agak-agak apakah yang akan berlaku seterusnya dalam 1 jam akan datang. Mungkin akan ada beberapa audien anda bangun dan ke tandas. Jika satu ada dua orang tidak mengapa. Bagaimana jika ramai ? Mungkin akan ada yang sudah mahu balik.
Ingat!!! audien anda juga mempunyai masa yang terhad. Mereka mengorbankan masa dan perkara lain untuk duduk di sana dan mendengar apa yang anda mahu sampaikan. Usah hampakan mereka dengan pembukaan yang hambar.
Apakah yang anda patut lakukan dalam “Greeting” ?
Sebelum anda merangka kata-kata yang mahu diucapkan di permulaan penyampaian anda. Fikirkan soalan-soalan ini dahulu.
- Adakah audien anda mengenali diri anda ?
- Adakah anda dengan audien anda mempunyai sebarang persamaan ?
- Adakah sebarang isu semasa yang anda boleh kongsikan bersama mereka ?
- Adakah audien anda pelajar, pendidik, profesional atau orang kampung ?
Fikirkan beberapa kemungkinan soalan dan jawapan yang anda perlu tahu dan gunakan jawapan untuk soalan tersebut di dalam ucapan permulaan anda. Kagumkan mereka supaya anda boleh tarik perhatian mereka. Banyak yang anda boleh lakukan untuk kagumkan audien anda. Antaranya ialah :
- Gunakan bahasa badan yang menarik. Jangan berdiri seperti tunggul di hadapan mereka. Jangan berdiri di belakang “rostrum”.
- Gunakan Slaid yang menarik. Elakkan Perkataan sahaja. Tambahkan dengan gambar yang ada kaitan dengan poin yang anda mahu sampaikan.
- Berikan fakta yang membuatkan mereka terkejut untuk lihat dan dengar.
- Lakukan sebarang aktiviti ringan sebelum menyampaikan ucapan anda.
- Berikan soalan-soalan menarik pada audien yang akan membuatkan mereka tercari-cari jawapan untuk soalan yang anda ajukan pada mereka.
Banyak lagi kaedah, teknik dan cara yang anda boleh lakukan di dalam pembukaan ucapan anda.
InsyaALLAH untuk “Hook” saya akan kongsikan pada artikel saya yang seterusnya.
Semoga bermanfaat buat para pelajar, mahasiswa, guru, pensyarah dan profesional.
_______________________________________________________________
Jadikan Penyampaian/Pengucapan Awam anda seterusnya yang TERBAIK dengan Rahsia & Teknologi “BEST PRESENTER” Kumpulan SYEDFAIZAL Training & Consultant
0 Comments