fbpx

BEST LEADERS @ Masjid Shah Alam

Alhamdulillah, selesai satu lagi program yang bermanfaat untuk pelajar-pelajar India Muslim khususnya anjuran pihak Inspirasi Muhibah India Muslim (IMIM) & UMAIRAH di Masjid Shah Alam.

Poster SyedFaizal 2 311.031

Saya dan Tim Fasilitator di bawah kendalian saya diberi kepercayaan buat kali yang ke – 4 untuk bersama pihak IMIM & UMAIRAH. Syukur… hampir 150 orang pelajar yang terlibat di dalam program kali ini.

Pengisian program ini terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu :

1. BEST Kepimpinan

2. BEST Komunikasi

Screen shot 2014-05-24 at 8.15.32 PM

 

Di dalam slot “BEST Kepimpinan” para pelajar telah melalui 3 Aktiviti Utama yang melatih daya kepimpinan dan mereka juga diberikan sedikit sebanyak pemahaman tentang sikap pelajar India Muslim apabila menyertai program-program bermanfaat yang dianjurkan pihak NGO.

Ada pelajar yang mengambil peluang, Ada pelajar yang terpaksa, Ada pelajar yang datang dengan niat-niat yang tertentu. Diharapkan dengan teguran dan pemahaman yang diberikan pada mereka dapat “Switch” niat mereka supaya datang ke program tersebut bagi menimba dan menyumbang.

Screen shot 2014-05-24 at 8.27.52 PM

 

Di dalam Slot “BEST Komunikasi” pula saya memberi peluang kepada para fasilitator untuk mengendalikan aktiviti yang telah disediakan oleh mereka sendiri. Alhamdulillah, dengan sedikit pantauan dari saya, mereka berjaya menjalankannya dengan baik dan diharapkan para pelajar mendapat manfaat yang besar.

Berikut merupakan Suasana sewaktu program sedang berlangsung.

IMIMUMAIRAH Pics 15.010 IMIMUMAIRAH Pics 15.011 IMIMUMAIRAH Pics 15.009 IMIMUMAIRAH Pics 15.012 IMIMUMAIRAH Pics 15.013 IMIMUMAIRAH Pics 15.014 IMIMUMAIRAH Pics 15.015 IMIMUMAIRAH Pics 20.016 IMIMUMAIRAH Pics 20.017 IMIMUMAIRAH Pics 20.018 IMIMUMAIRAH Pics 20.019 IMIMUMAIRAH Pics 20.020

Antara perkara yang menarik berlaku di dalam program ini ialah Pihak IMIM & UMAIRAH telah membuat kejutan pada saya dan isteri saya dengan menghadiahkan sekuntum bunga bagi meraikan Ulang Tahun Perkahwinan kami….. buat seketika kami tergamam di depan orang ramai… Sebenarnya 25 Mei merupakan tarikh kami bernikah. Tahun ini pula kebetulan Motivasi yang ingin dijalankan oleh pihak IMIM & UMAIRAH merupakan tarikh kami bernikah. Hajat di hati pada awalnya kami ingin pergi bercuti bagi menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama.

Namun, Allah mempunyai perancangan yang jauh lebih baik buat kami. Mungkin tuhan sudah menyusun takdir, supaya kami menyambut dalam keadaan memberi ilmu,pengalaman dan tenaga kepada adik-adik generasi akan datang.

Moga Allah merahmati kita semua….

IMG_0408 IMG_0385

 

Semoga Allah merahmati setiap keluarga yang berkhidmat untuk IMIM & UMAIRAH….amin….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.