fbpx

BEST BERPUASA : SIAPAKAH MEREKA YANG TERDAHULU ?

B Puasa 2

Jika kita baca terjemahan ayat Al-Quran ini “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana yang telah diwajibkan ke atas mereka yang sebelum daripada kamu…”  pastinya kita akan tertanya-tanya, Siapakah mereka yang sebelum kita ? Siapakah mereka yang terdahulu ?

Memandangkan Ayat Al-Quran ini diturunkan pada zaman Rasullullah SAW, bermakna “mereka” yang dimaksudkan ialah golongan yang hidup sebelum zaman Rasullullah SAW.

Siapakah mereka ? Mereka ialah pengikut-pengikut agama samawi seperti ajaran kitab Taurat, Zabur dan Injil yang asal. Mereka juga para rasul dan nabi sejak daripada Nabi Adam AS lagi.

Di sini jelas membuktikan bahawa orang-orang zaman dahulu telah difardhukan berpuasa tetapi caranya yang berbeza kerana pada waktu tersebut belum lagi disyariatkan untuk berpuasa sebulan penuh pada bulan Ramadhan.

Sebagai seorang pelajar muslim yang beriman. Belajarlah untuk berpuasa dengan penuh tertib dan adab supaya puasa kita diterima oleh Allah SWT.

Dalam Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud : “Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang ketika umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka enggan melakukannya ketika umur mereka sepuluh tahun.”

Nabi SAW berpesan begitu untuk solat yang merupakan Rukun Islam. Begitulah juga untuk Puasa yang merupakan Rukun Islam juga.

Semoga bermanfaat.

==========================================================

Jemput Syed Faizal ke sekolah anda untuk menyampaikan Ceramah bertajuk BEST BERPUASA. Istimewa untuk bulan Ramadhan.

Fokus atau pengisian utama dalam Ceramah 2 jam ini ialah :

Hikmah Puasa dan Kesannya kepada Minda, Fizikal dan Spiritual seorang Pelajar.

  • Telefon / Whatsapp : 019 – 211 12 85
  • Telefon / Whatsapp : 019 – 211 12 85
  • Telefon / Whatsapp : 019 – 211 12 85

 

Screen Shot 2016-05-19 at 9.55.24 PM

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.