fbpx

BEST BELAJAR™ : SUCCESS IS A JOURNEY OR A PRIZE ?

Apakah Definisi KEJAYAAN pada diri anda ?

Screen Shot 2016-03-26 at 1.36.37 AM

Di dalam sesuatu pertandingan. Apabila peserta – peserta yang terlibat bertanding. Mereka menjadikan HADIAH yang diraih sebagai satu kejayaan.

Saya pasti anda juga mahukan KEJAYAAN. Ibubapa dan guru-guru anda juga mahukan kejayaan buat diri anda. Oleh sebab itulah, mereka memberikan tekanan kepada anda supaya belajar bersungguh-sungguh dan kelak anda boleh mendapatkan kerja yang berbaloi dan untung.

Namun persoalannya ialah, Apakah Definisi Kejayaan buat diri anda ?

Di dalam Program Motivasi & Bimbingan Sistem Best Belajar™ yang saya kendalikan kepada ribuan pelajar di Malaysia ini. Saya sering beritahu kepada pelajar bahawa KEJAYAAN ADALAH SEBUAH PERJALANAN. Success is a Journey.

Sekiranya kita menerima pandangan Masyarakat tentang Kejayaan ialah Duit semata-mata, pangkat semata-mata atau Keputusan yang Cemerlang semata-mata. Makanya, tentu hanya segelintir masyarakat sahaja yang boleh dikatakan BERJAYA.

Tujuan saya lontarkan Soalan ini kepada anda ialah supaya  anda berfikir baik-baik apakah maksud kejayaan yang sebenar buat diri anda. Jadikanlah Kejayaan sebagai suatu Perjalanan dan jadikan diri anda bahagia dan ceria dalam perjalanan itu.

Usah terima pendapat masyarakat tentang kejayaan bulat-bulat kerana ianya akan menjadikan anda derita dan penat dalam proses untuk mencapainya.

Di dalam Buku How to Win Friends and Influence People, Dale Carnegie menulis “People who seek all their applause from the world have their happiness in another’s keeping.” Maksudnya, anda tidak akan menjadi seorang Pelajar yang Bahagia dan Berjaya sekiranya anda sekadar berusaha untuk memuaskan hati orang lain. Mungkin hati ibubapa atau guru.

Tidak salah dengar cakap ibubapa, tidak salah dengar kata – kata guru. Namun, tanya semula pada diri. Apakah yang sebenarnya anda kejar-kejarkan. Anda ianya untuk diri anda sendiri ? atau untuk orang lain ?

Apabila anda terima hakikat bahawa Kejayaan ialah sebuah Perjalanan. Anda akan lakukan 3 perkara ini :

1. Mula mempunyai MATLAMAT untuk mencapai Kejayaan. Matlamat tersebut akan diganti-ganti dengan matlamat seterusnya.

2. Anda akan mula merasa BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap tindakan anda dalam proses mencapai matlamat itu.

3. Anda akan berasa PUAS dan seterusnya mengulangi kembali langkah nombor 1.

Salam Kejayaan buat diri anda dari saya.

Syed Faizal Sitheek Rahman

10547355_907152485967127_829018010_n

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.