fbpx

BEST BELAJAR @ SK Sentul 1

Syukur dapat berkongsi Motivasi & Bimbingan BEST BELAJAR bersama adik-adik tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Sentul 1 pada 25 Januari 2014.

Antara pengisian yang kami lakukan ialah potensi otak kiri dan kanan, penguasaan kemahiran otak kiri dan kanan. Latihan Dalam Kumpulan bagi menguasai kemahiran belajar bersama abang & kakak fasilitator dan Personaliti Belajar melalui ilmu NLP yang saya belajar melalui Kursus NLP.

Menariknya sekolah ini ialah para pelajar mengamalkan sistem membuat nota berkonsepkan peta. Ada Peta Pokok, Peta Alir, Peta Buih dan sebagainya. Saya suka!!!

Adik-adik di sini semuanya sporting dan ceria belaka. Di tambah pula sesi bersama ibubapa sebelah petang memberikan impak yang lebih menarik di dalam program ini.

Terima kasih kepada pihak penganjur PIBG SK Sentul 1 dan Majlis Permuafakatan PIBG yang sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk menjalankan program di bawah pantauan mereka.

InsyaALLAH saya komited untuk sentiasa lakukan yang terbaik dan memberi kelainan di dalam program – program yang dijalankan.

Terima kasih juga kepada sahabat seperjuangan saya Tuan Hanis Jenalis yang turut bergabung menjayakan program ini. Beliau sentiasa yang terbaik di dalam membangunkan modul-modul yang mantap…. (^_^)

DSC_0093 DSC_0115 DSC_0129 DSC_0134 DSC_0148 IMG_5074 IMG_5083

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.