Pada 22 Mac 2014 yang lalu saya diberi kepercayaan dan amanah untuk berkongsi motivasi & bimbingan BEST BELAJAR bersama adik-adik Sekolah Rendah Islam Al-Amin, Keramat.
Seronok berkongsi dan memotivasikan mereka. Mereka juga seronok bersama saya dengan pelbagai input dan gurau senda yang saya jalankan pada mereka. Yang penting mereka mendapat rahsia dan strategi belajar yang berkesan.
Program ini juga dijalankan dengan hasil kerjasama Kelab Ibubapa Tahun 6. Terkejut juga saya apabila dengar tentang kelab ini kerana selalunya pihak PIBG yang terlibat. Namun di sekolah ini ada kelab ibubapa bagi setiap tahun. Menarik (^_^)
Semoga bermanfaat buat mereka. Berikut antara maklumbalas mereka dan suasana program.
Masa saya dapat terpilih mewakili kelas. Saya berasa bosan sebelum ini. Sebab saya belajar dengan cikgu biasa. Apabila saya belajar dengan Cikgu SyedFaizal, saya berasa seronok. Banyak info dan saya akhiri dengan mengucapkan terima kasih pada Cikgu Syed. – Nur Adreana Azreen, 12 Tahun.
Rasa lebih semangat nak belajar daripada sebelum ini. Thanks for teaching. – Nur Dini Najwa.
Sepanjang program ini adalah lebih menarik dengan Cikgu SyedFaizal kerana cikgu ini menarik minat saya untuk belajar. – Nurul Ain Bt. Muzaimi.
Saya rasa lebih bersemangat untuk belajar. – Rikha Trisyia
Best dapat ilmu yang saya tak pernah dapat sebelum ini. – Hadi Syufi
Best gila kot…Saya sudah tahu cara menghafal. Terima kasih. – Harraz Nasrullah
Terbaik. – Anis Nabilah
Saya mengesyorkan program ini akan dilakukan lagi di sekolah kami. – Batrisyia Bt. Muhammad
Program ini membuatkan saya lebih minat untuk belajar. – Muhammad Ismail Fadzil.
Program ini telah membuatkan saya meminati pelajaran. – Muhammad Nazawf.
Best... saya dapat banyak formula-formula yang cikgu Syed berikan. – Wan Zubair.
Saya sangat terhibur. Bestnya belajar… – M. Amir
Saya berharap program ini dapat diteruskan. – Luthfil Hadi.
Saya sangat suka cara belajar cikgu Syed kerana dia punya cara belajar berkesan. – Hassan Al-Basri.
Pertama kali saya memasuki program yang best dan berkesan kepada saya. Semoga Cikgu Syed yang mengajar dirahmati Allah. – Mohd Loqman.
Saya sangat suka dengan motivasi ini. Saya harap jumpa lagi. – Uthamah Aidid Yasmin.
Saya mengesyorkan program ini. – Naielah
Rasa syok sangat masuk program ini. Tak rugi!!! Belajar best. – Sharifah Nur Sorfina
Program ini memang best. – Nur Aishah
Saya rasa seronok dan terima kasih kerana mengajar. – Mardhiah
Dapat ilmu yang bagus. – Raihana
Program ini bagus dan best. – Muhammad Iqmal
Hari ini memang best dengan Cikgu Syed. – Muhammad Nur Farhan
Saya rasa BEST BELAJAR memang BEST…terbaik. – Nur Izzah Syahmimi Bt. Burhan.
0 Comments