fbpx

BEST BELAJAR™ : Pelajar & Wi-Fi

Students & wifi berpisah tiada

Screen Shot 2016-04-16 at 6.52.16 PM

Sebagai pelajar kita memang suka menggunakan wifi betul? Wifi lebih selesa daripada penggunaan data. Walaupun kita  sedia ada data plan, tetapi bila kita ke sesuatu  kawasan baru, kita tetap mencari wifi ?

Anda memiliki handphone ? Smart phone ?

Pada hari ni hand phone yang mempunyai aplikasi wechat, whatsaap, facebook dan you tube amat digemari oleh semua golongan.

Perkara yang paling kita suka ialah apabila kawasan tersebut mempunyai wifi. Kita selalu tercari-cari password kepada wifi tersebut.

Mari kita lihat sedikit bagaimana wifi berfungsi. Selalunya kita akan ke aplikasi setting dah search wifi betul? Wifi akan mula mencari- cari signal yang berada di kawasan itu. Semakin dekat anda dengan peranti, semakin kuat signal yang anda akan dapat.

Dan lagi satu hand phone anda bukan sahaja boleh mencari dan memaparkan satu signal, tetapi ia akan memaparkan semua signal yang ada di kawasan tersebut..

Baguskan sistem wifi ini? Ia mencari sendiri semua signal yang ada tanpa perlu anda memberikan arahan untuk mencari 2, 3 ataupun 10 signal yang ada.

Setelah mendapat signal wifi, kita akan lihat, signal yang kuat selalumya perlukan password untuk mengaksesnya bukan?

Kenapa ada password? Kita bertanya kepada diri sendiri. Signal dah kuat ni… frust betullah aku tak boleh download…

Pembaca semua.. pernahkah anda terfikir apakah kaitan wifi  dengan kehidupan kita? Bagaimana kita sebagai seorang pelajar dapat mengaplikasikan Sistem wifi dalam diri kita.

Sebagai pelajar kita selalu menantikan guru memberikan arahan atau menyampaikan ilmu. Apa kata kita ubah sedikit cara pemikiran jadi seperti pemikiran wifi. Iaitu dengan cara kita sendiri yang pergi mencari guru untuk mendapatkan ilmu tersebut.. kita jadi seorang yang sentiasa dahagakan ilmu dengan selalu menggunakan semua signal atau saluran yang ada.

Ada juga pelajar bertanya kepada saya. Ayatnya seperti ini “cikgu, memanglah banyak signal wifi, tapi semuanya ada password, bukan boleh guna pon” Adik-adik wifi hanya mencari signal tapi ia memerlukan usaha anda juga untuk mendapatkan password.. ada ke benda dalam dunia ini datang bergolek? Tak perlu usaha terus jadi kayar raya. Tak perlu kerja boleh beli rumah besar, kereta besar Bini Besar… hahhahaha.. lawak je.. ada ke?? Adik-adik untuk mendapatkan suatu password tu merupakan usaha yang anda perlu lakukan, perkara yang anda perlu korbankan.

Sebagai contoh anda seorang pelajar yang sangat lemah matematik, di sekolah ada ramai guru matematik, ada yang anda rapat, ada yang tidak. Untuk berjaya anda sendiri yang perlu pergi jumpa guru terebut dan beritahu anda lemah bahagian mana, barulah guru tersebut dapat membantu anda. Kalau guru tersebut berada di depan mata, tapi anda tidak berbuat apa-apa. Sampai bila pun guru tersebut tak tahu apa masalah anda dan semuanya tidak akan selesai.

Sama juga seperti password tadi. Anda sendiri kena usaha bertanya kepada kedai tersebut. Kadangkala anda sendiri perlu bayar untuk dapatkan password bagi kedai yang mengenakan cas atas perkhidmatan penyediaan wifi mereka.

Oleh yang demikian, kita sebagai pelajar perlulah jadi seperti wifi yang dapat mencari semua signal. Dan dia juga tahu memilih wifi mana yang paling berguna kepadanya.

Screen Shot 2016-04-16 at 6.59.40 PM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.