fbpx

BEST BELAJAR : Kuasa Solat Amirul

Tahniah buat adik Amirul Aizat yang memperoleh 10+ dalam Keputusan SPM 2013 beliau.

amirul spm 2013

Katanya kepada wartawan Utusan :

Mengerjakan solat tahajud dan solat hajat setiap malam adalah antara rahsia kejayaan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Amirul Aizat Mohd. Marhanan, 17, yang diumumkan hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Sains Machang yang mendapat keputusan 10 A+ tersebut turut diumumkan sebagai pelajar cemerlang SPM 2013 bagi negeri Kelantan.

“Saya memperoleh A+ bagi semua subjek diambil iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik, Matematik Tambahan, Prinsip Perakaunan, Fizik, Kimia dan Biologi.

“Saya bersyukur dan gembira kerana penat lelah saya selama ini membuahkan hasil.

“Amalan setiap kali sebelum saya mengulang kaji pelajaran itu juga mendatangkan hasil memberangsangkan,” katanya ketika ditemui di SMS Machang di sini hari ini.

Amirul Aizat yang merupakan Ketua Pelajar sekolah itu berkata, selain memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas, dia juga mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh sekolah.

“Saya juga sering belajar secara berkumpulan dengan rakan-rakan kerana dengan cara itu saya dapat mengingat dengan lebih cepat.

“Jika saya tidak memahami sesuatu subjek, saya akan segera bertanya dengan rakan-rakan,” katanya.

Menurut Amirul Aizat, walaupun banyak masa dihabiskan dengan menelaah pelajaran, namun dia tetap menonton televisyen dan bersukan.

“Saya tetap menonton televisyen tetapi pada kadar minimum iaitu lebih kepada program dokumentari.

“Saya juga melayari laman sosial untuk mengekalkan persahabatan dengan kawan-kawan tetapi membataskannya.

“Selepas ini saya akan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan berharap sangat akan dapat belajar ke Ireland dalam mengejar cita-cita sebagai doktor,” ujarnya yang turut menjadi atlet memanah sekolah.

Sementara itu, ibunya, Norliza Che Ismail, 45, berkata, kejayaan anak kedua daripada enam beradik itu adalah berkat hasil usaha selama ini.

“Sebagai ibu, saya pastikan anak saya mendapat pendidikan bukan sahaja dari segi akademik malah keagamaan dan saya sungguh terkejut serta tidak menyangka Amirul Aizat berjaya memperoleh 10 A+ dalam semua subjek,” kata suri rumah itu.

Norliza berharap, anaknya dapat menggapai cita-cita belajar di luar negara dalam bidang perubatan dan menjadi contoh adik-adiknya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140321/pe_10/Solat-tahajud-hajat-kunci-kejayaan-Amirul-Aizat#ixzz2xPYWzFUv
© Utusan Melayu (M) Bhd

 

Tip BEST BELAJAR 18.018-001

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.