fbpx

BEST BELAJAR @ Kolej Profesional MARA Bandar Melaka

Alhamdulillah, diberi kepercayan untuk menjalankan Motivasi & Bimbingan BEST BELAJAR bersama mahasiswa-mahasiswi semester 1 Kolej Profesional MARA, Bandar Melaka.

Antara perkongsian saya bersama para pelajar ialah bagaimana untuk membina “MY TIMELINE” dari 5 aspek yang penting buat para pelajar iaitu :

1. Akademik
2. Kewangan
3. Kerjaya
4. Keluarga
5. Pembangunan Diri
 

Seterusnya saya kongsikan bersama mereka beberapa Bimbingan Belajar seperti Sistem Singkat – Tarik, Sistem Flash Brain & Sistem BEST© Note.

Alhamdulillah, para pelajar dapat mengikuti bimbingan ini dengan baik.

Screen shot 2014-01-22 at 3.00.19 AM

 

Antara maklumbalas yang di terima ialah seperti berikut :

Program Motivasi & Bimbingan yang disampaikan oleh SyedFaizal memang terbaik dari kebun. Program ini patut diteruskan bagi membetulkan persepsi pelajar tentang pelajaran. Sekaligus memberi semangat yang tinggi untuk belajar.

Program motivasi ini memang bernas dan menarik kepada saya. Thanks BEST BELAJAR.

Program ini memberi kesan mendalam kepada saya. Saya rasa lebih bersemangat untuk belajar. Penceramah memang seorang yang bagus dan tidak membosankan. a big clap for you.

Penceramah yang bagus dan memberikan bimbingan belajar yang menarik dan berkesan untuk dipraktikkan. Beliau menggunakan pendekatan yang berbeza iaitu melalui permainan, uji minda dan ketangkasan.

Program ini BEST. Nanti datang buat bengkel tentang presentation pula ye.

Saya paling tak suka dengar taklimat. Pasal bosan dan mengantuk. Tapi ceramah kali ini terpaling BEST. tak berhenti gelak dan apa yang disampaikan oleh En. SyedFaizal sangat jelas.

Program ini harus diteruskan. Ianya sangat berkesan dan menarik, cara interaksi dan aktiviti sangat berkesan dan memberansangkan.

Paling the BEST and the BOOM!! Tak pernah lagi ada motivasi yang bagus macam in… Thanks Abg Syed Sweet… Nice to meet you… Nak lagi jumpa abg syed sweet…

Very motivated program. I am very glad to join this programme and get to know with the great motivator. This programme should be proceed for next time.

Program ini memang BEST. Abg SyedFaizal pandai mempengaruhi pemikiran & cara berfikir orang lain.

Program ini sangat menarik dan dapat mengubah “Mindset” kita untuk berubah ke arah yang baik. Banyak strategi dan teknik yang dikongsikan.

Para pelajar bersungguh-sungguh melakukan tugasan yang diberikan
Para pelajar bersungguh-sungguh melakukan tugasan yang diberikan

 

Saya mendapat inspirasi dan tips belajar. Yang paling penting saya perlu merangka “MY TIMELINE” agar ia menjadi pemangkin semagnat kepada saya untuk terus berusaha dalam pelajaran dan kehidupan. Program ini sangat baik.

Rugi kalau kita lepaskan program ini. BEST Giler

Program ini mengajar saya teknik belajar. cara berfikir dan mengadakan presentation.

Program ini BEST. Elok untuk student-student sebab penceramah memberi tunjuk ajar yang baik kepada student KPM.

To, honoured Encik Syed (^_^), congrats, ur speech was meaningful and good for us to practice. Everything of what you said was really practicable. Tinggal pada hati kami untuk mengamalkannya. Doakan kejayaan kami… student KPMBM. Thanks a lot.

Well, this program is good  because the presenter knows about the students and we can really apply it because we want it. BEST SERIUSLY!!!

Saya suka cara penceramah memberi ceramah. Semuanya ada kaitan dengan diri saya dan meningkatkan pelajaran supaya lebih cemerlang.

Program ini adalah program ceramah yang terbaik pernah saya hadiri.

Satu-satunya ceramah yang dapat menghilangkan ngantuk saya. haha

Tuan Shariffudin sedang menjalankan ENERGIZER bersama para pelajar. Terima kasih Tuan kerana sudi bantu (^_^)
Tuan Shariffudin sedang menjalankan ENERGIZER bersama para pelajar. Terima kasih Tuan kerana sudi bantu (^_^)

Program membuatkan otak kiri dan kanan bergerak dan peka serta fokus dalam aktiviti.

Terbaik!!! Datang sokmo kat KPMBM. Ada diselitkan tentang agama. Allahuakbar… Semoga Allah murahkan rezeki Abg Syed.

Program ini amat berkesan kerana langkah yang disyorkan amat memberi kesan lebih-lebih lagi berkaitan “MY TIMELINE” yang simple. Program ini telah mengubah pemikiran saya tentang pelajaran.

Program yang amat berkesan dan boleh diamalkan dan akan tahu hasilnya. Rugi sape yang tidak join.

This programme brings courage to me to be different. All slots have been filled with emotions. Overall, its effective and must be continued for a long period.

*********************************************************************

Itulah antara maklumbalas yang sempat saya kongsikan. Semoga bermanfaat buat mereka. Segala yang baik dari Allah dan yang buruk dari kelemahan diri saya.

Doakan saya sentiasa diberi ilham dan kekuatan untuk membantu umat ini. InsyaALLAH. Sayang Allah kasih Rasullullah s.a.w

Astaghfirullah

Salam BEST BELAJAR dari saya SYEDFAIZAL.

Tip BEST BELAJAR 18.018-001

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.