fbpx

BEST BELAJAR @ KEM DIDIK INSAN CEMERLANG (KEMDIC 3.0) Miri, Sarawak

Alhamdulillah, syukur… pada 24 November 2014 yang lepas saya dijemput oleh pihak Ikram Miri, Sarawak untuk menjalankan Motivasi kepada adik-adik  yang menjadi peserta dalam Program Kem Didik Insan Cemerlang. Difahamkan ini merupakan kali ketiga mereka anjurkan program ini.

Saya sangat seronok sepanjang keberadaan saya di sana, di mana pihak IKRAM di sana telah menjaga saya dengan baik. Terima kasih kepada Akhi Abang Shukri, Akhi Falakh, Akhi Fikhri, akhi Luthfi, Akhi Azran dan ukhtie semua…. Tidak terlupa kepada pengerusi di sana Cikgu Amir. Sempat juga belajar beberapa perkataan sarawak dan suku melanau dari ukhtie Ema, Noorhazwani dan lain-lain.

Pada esoknya pula saya diberi peluang untuk berkongsi Kemahiran Pengucapan Awam, Kemahiran Penyampaian dan yang berkaitan secara santai dengan Tim IKRAM SISWA pula.

Semoga ada rezeki untuk saya kembali ke sana lagi. Mungkin bersama Warga IPG pula. InsyaALLAH.

kemdic 3.0

Semoga segala perkongsian saya di sana benar-benar memberi kesan dan manfaat pada adik-adik yang menyertai KEMDIC 3.0 dan adik-adik IKRAM SISWA.

Berikut merupakan maklumbalas mereka :

  • Perkongsian yang penuh dengan ilmu berguna yang mampu “ditapau” oleh peserta. Buktinya ialah lama mana pun slot bersama Abg Syed, waktu berjalan tidak terasa. Jazakallahu Khairan Khatira. – Nur Adila Bt. Johri, 16 Tahun
  • Saya berasa seronok semasa sesi bersama Abang Syed. Datang lagi!! Harap dapat memberi manfaat pada saya… – Zarifah Irdina, 14 Tahun
  • Sangat best!!! Segala kaedah yang saya peroleh dapat membantu saya dengan mudah dengan cara yang syok lagi berkesan. – Nurul Izzaty Syahirah, 14 Tahun.
  • Best giler!!! Banyak benda yang saya tak tahu selama ini baru saya tahu hari ini. Saya lebih yakin untuk mencapai matlamat. – Nur Hafiza, 16 Tahun.
  • Syok!! You know how to attract people attention!! Enjoy. Full of tips. mok lagikk – Nurul Farhana, 16 Tahun.
  • Harap akan ada lagi slot bersama Abang Syed Faizal. Datanglah ke sekolah saya untuk buat ceramah. – Nurul Afieqah, 15 Tahun.
  • You are the BEST!! Jemput datang lagi!! Best giler!! Buat lagi tahun depan semoga jumpa lagi. – Nur Shahira, 13 Tahun.
  • Thanks atas slot yang paling menarik. Saya harap agar abang dapat memberikan ceramah lagi pada tahun hadapan. InsyaALLAH. – Nurul Syazwani, 13 Tahun.
  • Bagus sangat program ini. Harap ramai lagi budak SARAWAK dapat mendengar ceramah motivasi ini. Sangat membangkitkan semangat. – Quzzaliha Bt. Mahrin, 18 Tahun.

kemdic 3.0 pic

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.