fbpx

BEST BELAJAR @ CEFS RESPONSE, Petronas

Alhamdulillah, Program Kem Kecemerlangan BEST BELAJARtelah berjalan dengan baik di Rumbia Resort, Paka, Terengganu pada 27 & 28 Jun 2014 yang lalu. Terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Pihak penganjur, kepada kami untuk menjalankan program ini bersama anak kakitangan-kakitangan semua.

Syukur dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak penganjur dan para pelajar. Program selama 2 hari 1 malam ini berjalan dengan baik. Maklumbalas yang diberikan oleh para pelajar juga memberansangkan.

Berikut merupakan maklumbalas yang kami terima daripada para pelajar selepas tamat program :

 

Abang Syed memang best giler ah!!! Tolong buat program ini selalu. Kalau boleh buat dengan cikgu-cikgu pulak supaya cikgu boleh tarik minat pelajar kelas belakang macam saya. Harap berjumpa lagi di lain hari dan masa. Saya doakan Abg syed akan menjadi penceramah yang terbaik. Tolong ingat saya Pika Paka. – Raihana Afiqiah Bt. Hamidi, 17 Tahun, SMK Paka.

Tip BEST BELAJAR 194.188

Best lah belajar dengan Abg Syed..Best…Best.. – Zaziera Fahana Natasha, 11 Tahun, SK Pengkala Ranggon.

 

Pertama sekali masa nak mari rasa takut, takde kawan, takut bosan but bila join best giler kot… – Nurfathin, 14 Tahun, SM Imtiaz Dungun.

 

Best… Jangan berhenti bagi ceramah!! Saya mendoakan Kejayaan Abg. Jumpa lagi. – Raihana Aqilah, 13 Tahun, SMK Paka.

 

Best!! Dapat banyak ilmu through this program and i hope Abang Syed will come to my school someday. Please come to SMK Mak Lagam. I hope that we can meet again next time. Thanks for everything Abg Syed. – NurulMiza, 16 Tahun, SMK Mak Lagam.

 

Abang Syed ni memang terbaik punya!! Kalau ada masa jumpa lagi… – Nurul Iffah, 12 Tahun, SK Kampung Baru Kerteh.

 

Tip BEST BELAJAR 194.194

Alhamdulillah, perasaan saya dalam BEST BELAJAR ini cukup memberi kesan kepada saya. Semoga Abang Syed dapat teruskan program motivasi dan bimbingan ini di sekolah saya. – Asma’ Salsabila, 16 Tahun, SMI Darul Bayan.

 

Program ini sangat menarik dan best. Program ini bersifat santai dan enjoy. Harap program ini boleh dilakukan pada masa akan datang. – Muhammad Harith B. Mustafa, 15 Tahun, SMK Seri Paka.

Tip BEST BELAJAR 199.195

Program ini bagus untuk pelajar kurang pandai sebab saya mendapat perkara yang saya tidak tahu selama ini. – Hanif, 14 Tahun, SMI Darul Bayan.

 

Abang Syed ajar semua masuk kepala. Banyak tips dia kongsi sampai “kantoi” kami semua. Thanks Abg Syed. Tolong datang bagi motivasi kat SK Pulau Serai. – Nur Izzatul, 12 Tahun, SK Pulau Serai.

 

Best sangat. Saya dapat pengalaman dan cara untuk belajar yang lebih kreatif. Saya juga dapat faham apa yang dikongsikan oleh Bro Syed Faizal. Saya harap tahun depan boleh jumpa lagi. BEST BELAJAR memang BEST!!! – Nurul Fatin Izzati, 17 Tahun, SMK Padang Midin.

Tip BEST BELAJAR 199.196

Program ini memang terbaik saya pernah sertai. Saya harap boleh menyertainya lagi jika masih diteruskan. – Syakir Aiman, 14 Tahun, SMK Mak Lagam.

 

Sistem Belajar Abg Syed memang awesome. Sangat berkesan. Saya dapat mengetahui lebih mengenai sistem dia terang. Saya harap panjang umur bolehlah datang ke sekolah saya bagi kongsikan sistem ini kepada kawan-kawan saya. Best Belajar… Belajar BEST!! Result BEST!! Memang BEST!!! – Nur Khairunnisa Bt. Ab Rani, 14 Tahun, SMK Seri Paka.

 

The Best Motivator!! Abg Syed!! Sangat memuaskan, sebab penyampaiannya memberi BIG IMPACT untuk saya. Thanks for everything. Yasmin doakan moga Allah sentiasa berkati kehidupan Abg Syed dunia akhirat. Jangan lupa datang Terengganu lagi. – Raihana Yasmin Hamidi, 19 Tahun, SMK Paka.

 

Abang Faizal ialah Jurulatih Motivasi terbaik di dalam dunia. Saya doakan Abang Syed Faizal ingat kami semua.Saya juga berharap agar kami dapat mengikuti apa yang di ajarnya. – Nur Izzatul, 12 Tahun, SK Pulau Serai. 

Tip BEST BELAJAR 199.197 Tip BEST BELAJAR 199.198

Semoga bermanfaat buat anak-anak kakitangan CEFS RESPONSE, Petronas semua….

 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.