fbpx

BEST BELAJAR : Bagaimana Mengatasi MIGRAIN

Hari ini selepas saya menjalankan Motivasi & Bimbingan SIHAT itu BEST di SMK Cheras Perdana. Seorang pelajar tampil menghampiri saya dan bertanya “Abg Syed saya selalu migrain apabila hendak belajar. Apa yang saya boleh buat ya untuk atasinya ?”

logo sihat itu best.008

Soalan ini menarik dan membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua. Sebelum saya berkongsi beberapa tip untuk mengelakkan atau mengatasi migrain. Kita perlu tahu bagaimana migrain berlaku.

BAGAIMANA MIGRAIN BERLAKU

Pening migraine adalah disebabkan oleh pengembangan pada salur darah yang menyebabkan pengeluaran beberapa komponen kimia pada sistem saraf yang melingkari salur-salur darah di bahagian otak.

Pengembangan salur-salur darah ini akan memberikan ‘pressure’ kepada saraf yang mengelilinya. Ini akan menyebabkan radang, kesakitan dan seterusnya mengembangkan¬†lagi salur darah tersebut.

Peningkatan saiz salur-salur darah ini akan meningkatkan lagi tahap kesakitan seseorang pesakit.

– Petikan daripada buku ’55 Soal Jawab Penyakit Bersama Dr Ezairy’ –

Berikut beberapa tip yang anda boleh lakukan bagi mengatasi migrain berlaku :

  • Elak dari memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
  • Elak dari makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
  • Elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
  • Elak minuman yang mengandungi kafein berlebihan
  • Elak stress dan tekanan
  • Elak jadual tidur yang tak tetap
  • Elak menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama
  • Apabila sujud ketika solat. Lamakan sedikit sebelum mengangkat kepala

 

Semoga bermanfaat buat anda semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.