Alhamdulillah, hasil daripada perbualan antara saya dan Tuan Hafiz Bai (Penasihat IKRAMTeens) pada bulan lalu untuk menghasilkan remaja yang berdaya saing dan berani untuk melontarkan pendapat mereka. Maka terciptalah sebuah program yang fokus kepada 2 aspek utama. Iaitu :
1. Bakat Berucap
2. Kemahiran Berfikir
Program tersebut diberi nama KiDS PRESENTER™ . Di dalam program ini kami akan melatih dan berkongsi Kemahiran Berucap dan Kemahiran Berfikir dengan para peserta.
Sasaran program ini ialah pelajar berusia 10 tahun hingga 15 tahun dan antara aspek yang kami fokuskan ialah :
1. Penguasaan Bahasa Badan seperti kepala, mata, tangan dan suara.
2. Keupayaan untuk menjana idea bagi berucap dengan aktiviti – aktiviti yang mudah dan santai.
3. Keberanian untuk tampil ke hadapan dan beraksi di atas pentas bagi berucap.
===========================================================
Alhamdulillah, Program KiDS PRESENTER™ siri 1 telah pun dijayakan dengan baik sekali. Maklumbalas yang diterima daripada ibubapa juga membuatkan kami lebih bersemangat untuk menganjurkan program ini secara bersiri pada tahun hadapan.
Semoga platformKiDS PRESENTER™ dapat menghasilkan ramai lagi remaja yang berdaya saing dan berani untuk berbicara di khalayak ramai.
0 Comments