fbpx

Benarkah Mereka Makan Dalam Tandas ?

Baru-baru ini kita di gembar gemburkan  dengan isu pelajar non-muslim makan di dalam tandas/jamban/bilik air. Sebagai seorang Trainer yang mana antara tugas utama saya ialah menjalankan program bersama pelajar-pelajar sekolah memang terasa sedih juga apabila terbaca kisah ini. Namun rupa-rupanya tidaklah benar seperti yang dikhabarkan.

Mari saya kongsikan di sini. Ini merupakan sekolah tersebut :

sk seri pristana

Tahap PERTAMA
Seorang ibu mengadu yang anaknya terpaksa / dipaksa oleh pihak sekolah untuk makan di dalam tandas / jamban / bilik air. Beliau seterusnya postkan gambar tersebut di dalam Facebook yang kemudiannya dikongsi oleh warga FB lebih 4000 share. Bermulalah propaganda yang hebat melalui media Facebook.

 

pristana 1

 

pristana 2

 

Tahap KEDUA

Keadaan menjadi huru-hara apabila dikongsikan dengan penuh emosi tanpa rasional di laman-laman sosial yang tertentu. Ada juga pihak yang menggunakan isu ini untuk kepentingan sendiri. Biasalahkan…. mmmmmm

Terbaiklah dik... dapat jadi pelakon drama serial seperi ini....heeeee (^_^)
Terbaiklah dik… dapat jadi pelakon drama serial seperi ini….heeeee (^_^)

Tahap KETIGA
Tahap ketiga mula terbongkar cerita sebenar. Pihak sekolah terpaksa mengambil langkah untuk menjelaskan keadaan. Kesian pada pihak sekolah. Mereka pula yang terpaksa jelaskan keadaan. Jamban yang dimaksudkan oleh ibu pelajar tersebut adalah sebenarnya bilik persalinan (tak ada mangkuk jamban dalam tuh) yang terpaksa dijadikan kantin sementara sebab kantin asal dalam proses nak dibesarkan lagi. Kalau budak-budak makan kat sana, kan bahaya? . Saya ulang semula… kantin dalam proses pembesaran.

pristana 4

Terima kasih dik...explain di sini
Terima kasih dik…explain di sini

 

Begitulah kisahnya…. Sebagai seorang ibu bapa. Cubalah jangan terlalu beremosi. Ingat!!! Tidak cukup sekadar IQ sahaja hebat!! Kita juga perlu hebat dari segi EQ. Kemampuan untuk mengawal motivasi dalaman.

Lihatlah guru-guru ini semua. Mereka pun makan di dalam Tandas/Jamban ke????

pristana 6

 

 

Selamat Berpuasa semua….

Syed Faizal S. Rahman
Professional Trainer

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.