fbpx

Belai Hati Ketika Sujud

Alhamdulillah, keadaan kesihatan yang semakin pulih sedikit demi sedikit memberi izin pada saya untuk membuat perkongsian sedikit pada malam ini.

Sedar tidak sedar bulan keberkatan sudah semakin menghampiri kita. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang menjanjikan seribu satu macam rahsia pahala dan nikmat pada kita.

Sudah agak lama jugak saya tidak mencoretkan artikel-artikel berkaitan NOTA HATI saya. Pada kesempatan ini, ingin saya mengajak para pembaca semua marilah kita sama-sama belai hati kita ketika kita sujud kepada pencipta kita. Allah s.w.t.

Kita semua tahu, ramai manusia beragama ketika ini. Namun persoalannya berapa ramaikah yang kenal tuhan mereka. Kita tidak perlu menjawab persoalan ini, kerana saya percaya jawapannya anda sendiri pun sudah tahu. Tidaklah ramai mana. Namun bukan itu yang saya mahu cungkilkan di sini.

Apa yang saya mahu cungkilkan di sini ialah, tatkala kita menemui Allah sambil berdiri di hadapannya sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dalam solat kita.  Sejauh manakah kita menghadirkan hati kita. Sejauh manakah kita fokuskan niat kita kerana Allah.

Sahabat-sahabat sekalian, sesungguhnya Allah melihat hati kita ketika kita menghadap Allah. Jika kita tidak mampu membulatkan 100% tahap kefokusan kita ketika solat amatlah rugi wahai sahabat-sahabat sekalianku.

Allah berfirman yang bermaksud : ” Mereka mempunyai hati, namun mereka tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) -( Surah al-A’raf : 179)

Janganlah kita menjadikan diri kita tergolong seperti di dalam firman Allah ini wahai teman-temanku sekalian.

Pesanan saya buat teman-teman semua. Ambillah beberapa saat ketika kita sedang sujud untuk merenungi kesalahan-kesalahan kita yang lalu. Dosa-dosa yang kita terbuat. Kebaikan-kebaikan yang kita buat. Takut-takut jika kebaikkan yang kita lakukan itu menimbulkan riak di dalam hati kita.

Maka ketika sujud itu, mohonlah ampun kepada Allah. Bukankah ketika kita sujud. Kita sangat hampir dengan Allah. Maka mengapa kita begitu takkabur dan sombong untuk mohon ampun kepada-NYA.

akhir kata, Belailah jiwa dan hati kita ketika kita sujud wahai sahabat-sahabat semua.

“Sungguh beruntunglah orang yang senantiasa membersihkan jiwanya dan rugilah orang yang senantiasa mengotori jiwanya” (Surah Asy-Syams : 9)

 

 


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.