fbpx

Bawalah Minda…tetapi ke mana?

Setiap manusia saya percaya kita akan menempuh jalan kita masing-masing. Namun kadang-kadang kita akan lupa ke mana kita hendak tuju.

Rasullullah s.a.w bersabda :

” Setiap manusia menempuh jalannya (masing-masing). Ada antara mereka yang menyerahkan diri mereka kepada kebaikan dan mereka ialah orang yang beruntung. Ada antara mereka (yang menyerahkan diri mereka pada keburukan dan mereka) ialah orang yang mencelakakan diri mereka.”


Hadis di atas jelas menyatakan bahawa kita akan menempuh jalan kita sendiri. Bagi mengelakkan diri kita lupa atau tersasar jauh dari hala tuju kehidupan kita. Sentiasa rancang dengan jelas ke mana hala tuju kita. Gunakan teknik bertanya seperti :

1. What ( Apa saya mahu -> 8 A dalam PMR)

2. When ( Bila saya mahu dapat -> Tahun ini )

3. Where ( Di mana -> Di sekolah saya)

4. Who ( Siapa -> Siapa yang boleh bantu saya capai perkara ini)

5. How (Bagaimana -> bagaimana cara-cara saya untuk dapatkan 8A : Latihan, Teknik Belajar yang betul, Tuisyen, Doa dan lain-lain)

Akhir kata, sentiasalah bawa minda kita bersama untuk berfikir sejenak ke mana hala tuju kita. (^_^)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.