BAGAIMANA KETUK MINDA AUDIEN & FOLLOW UP

Apabila minda diberikan soalan, minda akan menjadi tertanya-tanya akan jawapannya. Begitulah manusia. Kebanyakkan cipta hebat di dalam dunia ini bermula dengan soalan yang menjadikan kita tertanya-tanya. It is the CURIOUSITY that drives human exploration.

Sebagai contoh, jika saya tanya pada anda mengapa anda sedang baca perkongsian saya ini ? Secara spontan anda akan jawab pada diri sendiri untuk membaca teknik yang dicadangkan… betul ? atau mungkin juga untuk baca sepintas lalu perkongsian yang diceritakan di sini. Walau apa pun jawapan anda, yang pastinya minda anda telah diketuk dengan lontaran soalan yang saya berikan di atas.

Sebagai presenter, anda digalakkan untuk memulakan presentasi anda dengan SOALAN yang mengetuk minda audien.

Kaedah ini akan menjadikan audien tergamam sebentar dan jika anda bijak lakukan “Follow-Up” selepas soalan yang diberikan. Anda akan menjadikan dewan/bilik menjadi meriah dengan jawapan “Ya!!” daripada audien.

BAGAIMANA LAKUKANNYA ?

  1. Apabila anda tampil dihadapan pentas. Lontarkan soalan
  2. Berikan masa dalam 2-5 saat untuk berlalu
  3. Lakukan “Follow-Up” dengan jelaskan soalan anda
  4. Mantapkan follow-up tadi dengan soalan pengukuhan.

CONTOH APLIKASI

Situasi di Program Sekolah

  1. Terima kasih kerana semua sudah bersiap sedia untuk memulakan program hari ini. Cikgu difahamkan dihadapan cikgu semua ini ialah pelajar-pelajar cemerlang.”
  2. 2-5 Saat berlalu
  3. Maksud cikgu ialah, pelajar-pelajar hari ini yang bersama cikgu pasti ingin pelajar teknik kemahiran belajar dan skor dengan cemerlang dalam peperiksaan nanti… betul ?
  4. Soalan pengukuhan ialah pertanyaan “… betul ?” di hujung penjelasan

Situasi di Program Korporat

  1. Terima kasih tuan-tuan semua kerana hadir hari ini, saya difahamkan akan bersama orang-orang kaya hari ini.”
  2. 2-5 saat berlalu
  3. Maksud saya, tuan-tuan semua hari ini berniat untuk menjadi kaya, sihat dan berjaya… betul ?”
  4. Soalan pengukuhan “… betul ?” di hujung penjelasan

 

Soalan pengukuhan yang kita berikan di hujung penjelasan kita seperti “… Betul ?” atau “… Benar ?” atau “… Nak kan ?”

Akan menjadikan audien anda jawab BETUL… BENAR… NAK… Respon ini akan menjadikan anda juga lebih yakin dan seronok untuk berkongsi dengan mereka. Bukankah kita mahu menjadikan penyampaian kita seronok dan santai ? betul ?.

 

Semoga bermanfaat.

==================================================

Pelajari Seni Penyampaian yang Menarik dan Berkesan dengan Syed Faizal melalui Bengkel Pentauliahan Profesional Presenter.

Tarikh Bengkel : 22 Dec 2018 di Ipoh | 30 Dec 2018 di Bangi

Waktu : 9.00 pagi – 6.00 petang

Yuran : RM250 Seorang | RM450 Berdua

Pengiktirafan : Sijil Pengiktirafan diberikan dengan kerjasama Kelab Pidato Perdana (KPP)

Berminat ? Whatsapp 019 – 211 12 85

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.