fbpx

Bagaimana Berkawan & Mempengaruhi Mereka

Sungguh luas tajuk ini. Namun ingin saya katakan bahawa untuk berkawan dan mempengaruhi kawan kita. Kita perlulah mempunyai hati yang murni dan mulia. Saya tidak pernah lagi lihat orang yang hatinya hina dan kotor mampu mempengaruhi kawan mereka ke jalan yang baik.

Maksud saya hati yang murni di sini ialah. Apabila kita berkawan dengan sesiapa sahaja. Hendaklah kita dahulukan mereka dahulu sebelum kita. Persoalannya perkara ini hanya dapat dilakukan oleh orang yang mempunyai hati yang murni dan mulia. (^_^).  Ianya seperti Tetamu yang datang bertandang ke rumah. Konsepnya sama sahaja. Jika di rumah. Kita ada tetamu. Kita akan dahulukan tetamu kita sebelum sesiapa di dalam keluarga atau rumah kita.

 

Begitulah juga apabila kita berkawan.Mereka umpama tetamu yang datang bertandang atas kaca hati kita. Maka utamakanlah mereka sebelum perkara-perkara lain yang berada di dalam hati kita. (^_^)

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk utamakan mereka ialah dengan mendengar setiap kata-kata mereka. DENGARLAH DENGAN TELINGA HATI. Maksudnya jangan sekadar dengar sahaja. Tetapi sematkan di hati. Cubalah juga ulang semula kata-kata mereka supaya mereka perasan yang kita sedang beri perhatian pada setiap kata-kata mereka.

 

Kita juga boleh berikan PENUMPUAN MATA pada mereka. Ketika kawan kita berbicara dengan kita. Lihatlah mereka. Lihat dari mata ke mata. Lihat reaksi wajah mereka. Janganlah kita alihkan mata kita ke arah lain dan mendengar dengan telinga sahaja. Tidak sopan dan agak merendahkan ucapan-ucapan rakan kita tersebut.

 

 

 

TIRU ESKPRESSI WAJAH kawan yang berbicara dengan kita. Jika dia berbicara dengan wajah yang bersemangat. Dengar dan terima kata-katanya dengan wajah yang bersemangat juga. Jika dia berwajahkan sedih. Cubalah tempatkan diri kita di tempatnya sambil menghadirkan emosi sedih. Janganlah pula sampai kita menangis kerana mendengarkan bicaranya.

 

 

 

 

Akhir kata, hanya dengan beberapa tips dan teknik ini sahaja sudah mencukupi untuk peringkat awal dalam usaha-usaha kita mempengaruhi kawan kita.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.