fbpx

BAGAIMANA BERI KESAN MENARIK DALAM PERBUALAN KITA

Pernahkah anda berbual dan rasa seronok hingga rasa masa berlalu dengan pantas ?

Rasa momen yang dilalui bersama memberi kesan pada emosi anda ?

Anda berkata dalam hati, baguslah dia… pandai berborak….

Di dalam otak kita, antara momen yang menjadikan kita seronok ialah apabila hormon Dopamine dirembeskan. Dopamine dirembeskan di amygdala apabila kita rasa seronok, nikmat, puas hati dan sama waktu dengannya. Antara contoh perbuatan ialah apabila kita dapat pujian daripada rakan-rakan, bos, dapat hadiah atau apa-apa sahaja perkara yang membuatkan kita seronok makanya akan “Trigger” otak untuk rembeskan Dopamine.

Formulanya ialah TINDAKAN + SERONOK = DOPAMINE

FAKTA MENARIK

Dopamine juga membantu menguatkan memori kita. Dr. John Medina yang merupakan seorang saintis biologi menyatakan “Dopamine memberi kesan yang besar dalam membantu memori dan memproses maklumat kita”. Di dalam erti kata lain, untuk memberikan kesan ingatan yang bagus dan untuk jangka panjang. Anda perlu bijak merangsang Dopamine seseorang. 

Apabila anda bijak membuka suis Dopamine di dalam perbualan. Anda bukan sahaja memberikan keseronokkan dalam hubungan perbualan tersebut bahkan anda juga memberi kesan yang signifikan supaya pertemuan, perbualan dan perhubungan antara anda dan orang lain lebih diingati.

JANGAN LAKUKAN INI ?

Jangan tanya soalan yang membosankan seperti dibawah ini…

  • Apa yang awak buat ?
  • Awak dari mana ?
  • Apa yang awak lakukan di sini ?

Soalan diatas ialah soalan skrip sosial yang sudah terlalu biasa. Dr. Nico Bunzeck dan Dr. Emrah Duzel menjalankan sebuah eksperimen yang diberi nama “The oddball Experiment”. Di dalam ujian ini, peserta yang mengambil bahagian diminta untuk melihat gambar-gambar yang menunjukkan wajah dan situasi yang lebih kurang sama. Di antara gambar yang sama itu, pengkaji menyelitkan beberapa gambar yang berbeza/baru (oddball). Pengkaji mendapati, apabila gambar berbeza diselitkan, aliran darah di bahagian otak para peserta mengalir ke bahagian otak yang lain (kawasan baru).

Ini sebabnya mengapa perlu ada sesuatu yang berbeza atau baru:

  • Menguatkan memori dan merangsang pembelajaran

Imej yang berbeza yang ditunjukkan telah mengaktifkan kawasan otak Hippocampus yang merupakan kawasan otak untuk pembelajaran dan memori. Perkara baru atau berbeza mengaktifkan otak kita. 

  • Memberi nikmat atau keseronokkan

Aliran darah ini mengaktifkan juga hormon Dopamine kita. Ini bermaksud, perkara atau topik yang baru merangsang Dopamine untuk dirembeskan.

  • Menarik minat dan sifat ingin tahu

Kesan daripada Dopamine menjadikan kita bersifat ingin tahu lebih lanjut akan sesuatu perkara dalam perbualan yang berlaku. Ianya mendorong kita untuk selongkar tentang orang lain dengan lebih mendalam. Inilah motivasinya… (^_^)

 

LAKUKAN PERKARA INI 

Di dalam perbualan anda yang seterusnya, saya cabar anda tukar skrip sosial anda daripada beshe-beshe kepada lain macaaaam…. seperti dibawah ini:

Macam mana kerja hari ini ?  = Ada kerja yang menarik hari ini ?

Apa khabar ? = Apa yang buat awak seronok hari ini ?

Apa awak buat ? = Ada kerja yang penting awak buat hari ini ?

Macam mana keluarga ? = Ada pergi mana-mana dengan keluarga ? 

Awak dari mana ? = Ada cerita yang menarik dari tempat awak ?

Macam mana hari ini ? = Apa yang berlaku pada awak hari ini ?

Sibuk ke ? = Apa yang awak fokus sehingga sibuk ?

 

Kaedahnya ialah tukar soalan – soalan yang anda tanya selalu secara “GENERAL” kepada “SPESIFIK” dan cuba juga selitkan perkataan-perkataan yang menyentuh emosi berbanding perkataan normal yang kita sudah biasa gunakan.

Contoh yang selalu saya gunakan ialah:

Dah Sembahyang ? = Dah sembah tuhan ?

Nak pergi kerja dah ? = Nak pergi cari rezeki dah ?

Bila awak akan balik ? = Bila awak akan bersama saya ?

 

Kan lain tu…. (^_^)

Semoga bermanfaat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.