fbpx

BAGAIMANA ANDREW MATTHEWS MEMILIKI BMW 320i

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera buat anda semua yang sudi singgah di Blog Rasmi saya.

Minggu lalu saya telah bertanya di Facebook saya “Mahukah kalian tahu bagaimana Andrew Matthews berjaya memiliki Kereta BMW 320i ?” Ramai yang telah komen mahu tahu.

Di sini saya kongsikan bagaimana Andrew Matthews menjadikannya suatu realiti.

A.M (Andrew Matthews) pernah menulis matlamat untuk dirinya berkenaan Kereta yang beliau idamkan. A.M menulis lebih kurang begini :

Kereta yang mahu dimiliki : BMW
Model : 320i
Warna : Merah
Bajet : 10,000 USD

Screen Shot 2015-11-11 at 7.43.36 PM

Apa yang menariknya ialah, A.M tidak pernah kongsikan dengan sesiapa pun tentang matlamat yang beliau telah tulis itu. Setelah beberapa tempoh berlalu. Pada suatu hari ketika A.M sedang menikmati minumannya di salah sebuah kedai. Seorang kenalan atau rakan A.M telah menemui beliau secara kebetulan di sana. Mereka pun berborak seperti biasa.

Tiba-tiba, kenalannya memberitahu “Hei Matthews, i heard there is a second hand / used car sales over there….also i found there is a BMW red colour model 320i there. They are selling for 11,000 usd. You might be able to purchase it at 10,000 usd.”

Selepas itu, mereka berborak tentang perkara lain dan akhirnya mereka berpisah dari kedai tersebut.

Tahukah anda apa yang berlaku selepas itu.

Andrew Matthews telah singgah ke lokasi jualan kereta terpakai tersebut dan berjaya membelinya pada harga 10,000 usd.

Menarik bukan!!!!

APAKAH PENGAJARANNYA DI SINI

Buat anda yang sedang membaca perkongsian saya di sini, ini bukanlah kisah magik atau fantasi. Ini ialah berkenaan Kuasa Minda (Bagaimana kita mempersiapkan diri kita untuk mendapatkan apa yang kita mahu) dan Kuasa Matlamat (Bagaimana kita mampu menarik rezeki dengan apa yang kita mahukan) yang kita tanamkan dalam diri kita.

Jika apa yang kita mahukan itu JELAS, TERANG DAN BOLEH DIGAMBARKAN DALAM MINDA. Dengan izin tuhan. Kita pasti dapat memilikinya.

Saya sendiri telah amalkan perkara ini. Saya menjemput diri anda untuk mencubanya juga.

Lakukan perkara di bawah ini :

1. KERETA APAKAH YANG ANDA MAHU MILIKI ?

2. APAKAH MODEL KERETA TERSEBUT ?

3. BERAPAKAH SIMPANAN YANG ANDA MAHU SIMPAN BERMULA BULAN INI ?

4. APAKAH WARNA KERETA TERSEBUT ?

5. DAPATKAH ANDA GAMBARKAN DAN RASA SUASANA MEMILIKI KERETA TERSEBUT ?

 

Salam Sukses dari saya!!!

Screen Shot 2015-11-17 at 4.22.53 PM

 

Screen Shot 2015-11-17 at 4.22.53 PM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.