fbpx

Akhlak Rasullullah s.a.w

Teman-teman yang saya muliakan. Terima kasih kerana sudi untuk membaca sekilas pandang mahupun dengan serius berkenaan artikel ini. Saya ingin kongsikan dengan anda semua berkenaan 3 kesempurnaan Akhlak Rasullullah s.a.w

Sememangnya akhlak baginda sempurna lebih daripada 3 perkara yang saya hendak kongsikan di sini. Namun untuk mudahkan teman-teman semua dapat hayati point-point berikut. Maka saya kongsikan 3 perkara sahaja di artikel ini.

PERTAMA

Baginda s.a.w mempunyai kekuatan akal (IQ), Ketajaman Perasaan (EQ) dan Ketepatan Firasat (HQ). Baginda s.a.w mampu untuk berfikir dengan benar, jelas dan sistematik. Baginda tidak pernah ditipu atau dilemahkan dengan kekerasan. Baginda juga dapat melihat akibat-akibat yang akan terjadi dalam suatu peristiwa atau kejadian. Ini pasti tidak akan terjadi tanpa ketajaman perasaan dan ketepatan hati.

KEDUA

Baginda s.a.w gigih dalam menghadapi kesulitan. Siapakah manusia yang paling sabar jika tidak baginda s.a.w. Teman-teman semua, baginda s.a.w sentiasa menghadapi kesulitan dengan penuh ketenangan. Baginda s.a.w juga tidak pernah lemah dalam menghadapi apa jua bentuk kesulitan. Jadi kita juga perlu mencontohi baginda teman-teman semua.

KETIGA

Tawaduk terhadap orang lain meskipun terhadap pengikutnya sendiri, serta rendah hati meskipun baginda adalah orang yang sangat ditaati. Dengan sikap tawaduk dan rendah hati tersebut akhirnya baginda s.a.w menjadi manusia yang berbeza (istimewa) dan memiliki jiwa dan mental yang kuat.

Lihatlah teman-teman semua, bagaimana baginda s.a.w mempunyai akhlak-akhlak yang baik. Marilah kita cuba amati dan praktikan dalam kehidupan kita. Memang bukan mudah tapi ianya tidak mustahil.

Selamat beramal untuk perkampungan akhirat anda semua. Salam Aidiladha dari saya Syed Faizal S.Rahman

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.