8 LANGKAH UNTUK MEMBINA UCAPAN PANJANG

Sekiranya anda perlu menyampaikan ucapan yang mengambil masa lebih 10 minit atau tempoh lama. Berikut merupakan 8 langkah yang anda perlu ikuti untuk membina ucapan yang menarik perhatian.

LANGKAH PERTAMA : UMPAN AUDIEN

Sebagai Penceramah atau penyampai. Anda perlu menangkap perhatian audien anda dalam 30 saat yang pertama. Tangkap perhatian mereka dengan memberikan harapan. Apakah yang mereka boleh CAPAI dengan mengikuti ucapan/penyampaian anda. Apakah yang mereka boleh ELAK dengan mengikuti petua-petua yang anda akan kongsikan pada minit-minit berikutnya.

Selain itu, anda boleh juga umpan atau tangkap perhatian audien anda dengan Kaedah Kinestetik (Teknik NLP). Minta audien untuk lakukan sedikit pergerakkan ringkas yang hanya melibatkan tangan atau kepala mereka. Kaedah ini juga saya sering kongsikan dalam Bengkel Professional Presenter.

LANGKAH KEDUA : BERITAHU AUDIEN MENGAPA IANYA PENTING UNTUK MEREKA

Sentiasa ingat dalam minda anda sebagai penceramah/penyampai. Menjadi tanggungjawab anda untuk memberikan GAMBARAN KESELURUHAN tentang apa yang anda mahu sampaikan sepanjang ucapan anda kepada audien. Berikan Gambaran Jelas dalam minda mereka. Berikan Struktur kepada imej minda mereka.

Sebagai contoh “Untuk 10 minit yang akan datang ini, saya ingin kongsikan dengan anda 3 Langkah mudah untuk lakukan sewaktu membina ucapan yang mantap dan memberi kesan kepada audien anda.”

LANGKAH KETIGA : MULAKAN POIN PERTAMA

Sampaikan poin pertama kepada audien anda secara berstruktur dan langkah demi langkah. Selitkan FAKTA yang membuatkan mereka kagum atau seperti tidak boleh percaya. Kaedah ini selalunya sangat berkesan untuk poin pertama. Ianya seperti faktor WOW yang menjadikan mereka terus mahu duduk dan mendengar isi dan penyampaian anda.

LANGKAH KEEMPAT : MINTA AUDIEN ULANG SEMULA POIN PENTING SAMBIL TRANSISIKAN DIRI ANDA KE POIN KEDUA

Selepas selesai menyampaikan poin pertama. Anda boleh minta audien ulang semula isi-isi penting yang anda telah sampaikan sewaktu Poin Pertama. Kaedah ini sangat berkesan. Lakukan langkah keempat ini dengan menggunakan soalan. Sebagai Contoh “tuan-tuan dan puan-puan, awal tadi saya telah beritahu satu fakta yang membuatkan kita terperanjat. Boleh ulang semula apakah fakta itu…. “

Anda boleh tanya minimum sebanyak 3 soalan sekurang-kurangnya dan lebih lagi bagus. Yang penting jangan tanya soalan yang berat atau yang memerlukan audien berfikir secara mendalam. Ini akan POTONG flow penyampaian anda dan MEMBUNUH momentum suasana dewan atau penyampaian anda.

LANGKAH KELIMA : TERUSKAN DENGAN MENYAMPAIKAN POIN KEDUA ANDA

Di tahap ini, anda hanya perlu teruskan dengan poin kedua anda.

LANGKAH KEENAM : MINTA AUDIEN ULANG SEMULA POIN PENTING SAMBIL TRANSISIKAN DIRI ANDA KE POIN KETIGA

Buat seperti di langkah keempat.

LANGKAH KETUJUH : TERUSKAN DENGAN MENYAMPAIKAN POIN KETIGA ANDA

Di tahap ini, anda hanya perlu teruskan dengan poin ketiga anda.

LANGKAH KELAPAN : LAKUKAN KESIMPULAN DAN TINDAKAN YANG AUDIEN PERLU LAKUKAN

Di langkah terakhir ini, lakukan kesimpulan tentang apa yang anda telah sampaikan dan yang paling penting ialah BERITAHU kepada audien, apakah yang mereka patut lakukan selepas tamat mendengar ucapan anda. Ini dinamakan “CALL TO ACTION”

 

Pada artikel yang berikut saya akan kongsikan dengan anda PREP FORMULA yang anda boleh gunakan dalam memantapkan poin hujahan anda. Ianya sangat menarik. Nantikan ya. Jemput SHARE artikel ini di posting FB anda. 

 

Semoga bermanfaat,

===============================================================

Berminat untuk menjemput Syed Faizal ke organisasi anda ?

Hubungi 019 – 211 12 85 atau emel info@syedfaizal.net

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.