5 cara GAMIFIKASIKAN kelas anda

Selepas minggu dan bulan yang padat. Akhirnya dapat juga saya kongsikan dengan anda beberapa tip atau kaedah bagaimana untuk GAMIFIKASIKAN kelas anda.

APAKAH ITU GAMIFIKASI ?

Pertamanya sebelum saya kongsi kaedahnya, anda perlu faham apakah itu Gamifikasi. Ramai guru yang keliru dengan konsep dan kaedah gamifikasi sebenar. Sebagai seorang Jurulatih Bertauliah yang menerima “Certified for Gamification @ Work” ingin saya tekankan. Gamifikasi ialah suatu kaedah dimana anda selitkan mekanisma – mekanisma GAME ke dalam dunia sebenar. Contohnya dalam Pendidikan, Jualan, Perubatan, Latihan dan lain-lain.

Jika anda ke bank. Apakah anda lakukan untuk mendapatkan khidmat di kaunter ? Dapatkan nombor bukan… Cara tradisional kita akan beratur untuk berurusan di kaunter. Kaedah gamifikasi ialah apabila anda mempunyai autonomi untuk pilih jenis perkhidmatan dan menekan nombor tiket. Kemudian anda boleh duduk di mana-mana sahaja sebelum mendapatkan khidmat di kaunter. This is Gamification.

Jika masih tak faham. Boleh emel saya di bestbelajar@gmail.com

5 CARA GAMIFIKASIKAN KELAS ANDA

  • BERIKAN MAKLUMBALAS SERTA MERTA (Instant Feedback)

Di dalam Permainan Video Game. Pemain boleh perbaiki kesilapan mereka berulang kali dan serta merta. Ini memberikan kelebihan dan motivasi pada pemain untuk selesaikan misi mereka.

Lakukan perkara sama di dalam kelas anda. Jika anda berikan latihan kepada pelajar untuk disiapkan dalam kelas. Jangan biarkan mereka hingga habis baru nak betulkan mereka. Betulkan mereka dalam tempoh yang pendek. Anda juga digalakkan untuk berjalan menghampiri mereka dan lihat perkembangan kerja latihan mereka. Saya selalu lakukan ini di dalam Program Motivasi & Kemahiran Sistem Best Belajar™ saya.

  • BENTUK & DORONG PELAJAR KERJASAMA DALAM KUMPULAN

Di dalam video game ada satu aspek yang kita namakan MULTIPLAYER. Pemain yang mempunyai motivasi untuk bermain dalam kumpulan akan bersungguh-sungguh menyelesaikan permainan video game mereka.

Lakukan perkara sama di dalam kelas anda dengan membentuk dan galakkan pelajar untuk bantu satu sama lain di dalam kumpulan. Saya sentiasa bentuk kumpulan dahulu sebelum meneruskan pengajaran & pembelajaran saya di dalam Program.

  • BERIKAN MEREKA PILIHAN

Di dalam Game, pemain mempunyai pilihan untuk tentukan halatuju perjalanan game mereka. Ini merupakan satu motivasi juga kerana pemain mempunyai autonomi untuk membuat pilihan. Sistem pendidikan Malaysia yang terlalu menitikberatkan PEPERIKSAAN tidak memberikan pelajar pilihan untuk menjawab exam atau tidak. Jadi untuk meringankan beban pelajar. Anda boleh buat konsep PILIHAN.

Lakukan perkara sama di dalam kelas dengan memberikan 2 pilihan berbanding hanya satu arahan sahaja. Sebagai contoh. Sebagai Guru anda boleh berkata begini “Murid-murid sekalian, anda semua nak buat latihan atau kita buat game ?” Apabila pelajar memilih game. Anda boleh sahaja jalankan latihan sebenarnya dengan konsep game. Its fun when you can see your students are motivated by the choices that they make.

  • PROGRESS BAR

Di dalam video game. Pemain mempunyai peratus atau bar yang menentukan pencapaian mereka sudah sampai tahap mana. Ini memberikan motivasi PENCAPAIAN kepada main. Semakin mereka capai sesuatu. Semakin berkobar-kobar mereka untuk teruskan permainan tersebut.

Sebagai Guru anda boleh minta pelajar untuk sediakan satu muka surat atau sebahagian muka surat dari buku conteng/catatan. Buat konsep PROGRESS BAR atau LEVEL yang mungkin boleh pelajar lihat secara VISUAL akan perjalanan pembelajaran mereka dengan anda. Di dalam Program BEST BELAJAR™. Saya mempunyai 3 LEVEL yang pelajar akan lalui. Itu sedikit sebanyak memberikan gambaran visual kepada pelajar akan perjalanan program saya.

  • TUKAR KERJA RUMAH KEPADA CABARAN

Di dalam GAME. Tiada istilah home work atau work load. Yang ada hanyalah MISSION QUEST atau MISSION CHALLENGES. Mengapa anda tidak mengambil konsep ini dan selitkan dalam kelas.

Beritahu kepada pelajar, murid-murid malam ini anda perlu siapkan CABARAN yang cikgu berikan hari ini. Siapkan 20 soalan dan 1 karangan. Siapa berjaya siapkan ini, esok dianggap HERO (Konsep Gamifikasi juga).

 

Sekian 5 unsur mekanisma game yang anda boleh selitkan semudah itu sahaja. Ada rezeki kita berjumpa di sekolah dalam Kursus LADAP atau GAMIFIKASI UNTUK GURU.

========================================================================

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.