Bulan Ramadan yang mulia ini telah membawa kita ke fasa akhirnya. Apakah 5 amalan atau perkara yang anda boleh lakukan ?
PERTAMA
Sedekah sebanyak mungkin. Bayangkan jika kena malam lailatul qadar pada waktu anda sedekah. Bermakna anda bersedekah selama 83 tahun lamanya. Banyak pahala yang boleh diraih tu… (^_^)
KEDUA
Solat pada waktu malam. Tidak kisah secara berjemaah atau sendiri. Yang penting lakukan solat pada waktu malam. Anda boleh tidur sebentar kemudian bangun jam 12 tengah malam atau 4 pagi dan tunaikan solat sunat. Lakukan seberapa banyak mungkin rakaat yang anda boleh lakukan.
KETIGA
Baca Al-Quran sebanyak mungkin. Jika tidak mampu. Target untuk baca surah-surah penting seperti Yassin, Al-Mulk, Al-Waqiah atau mana-mana surah yang anda biasa.
KEEMPAT
Berzikir sebanyak mungkin. Anda boleh selawat, bertasbih, bertahmid, bertakbir atau baca sahaja 99 nama-nama Allah s.w.t yang mulia. Zikir – zikir ini sungguh ringan untuk dilafazkan melalui mulut kita namun timbangannya amat berat di akhirat nanti. Semoga zikir anda dan saya sama-sama diterima oleh Allah s.w.t
KELIMA
Dalam satu riwayat disebutkan bahawa Sayyidatina Aisyah radhiallahu ‘anha pernah bertanya kepada Rasulullah ? tentang amalan di dalam mencari Lalilatul Qadar. Dan berikut adalah yang disebut dalam jawapan nabi ? kepada Aisyah r.a :
Kata Aisyah radhiallahu ‘anha; “Wahai Rasulullah! Jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku ucapkan (doa)?” Baginda menjawab: “Ucapkanah; “Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan.” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi).
Semoga bermanfaat teman semua…
=====================================================================
0 Comments