fbpx

Kita boleh mantapkan MEMORI dan PEMBELAJARAN kita jika seseorang itu memperoleh peringkat tidur REM (Rapid Eye Movement Sleep).

Ini kerana sewaktu kita tidur, pemindahan memori sedang berlaku dari Hipokampus otak (memori sementara) kepada Korteks otak (pengukuhan memori)

Perumpamaannya macam kita transfer file sementara dari komputer ke hard disk kita untuk simpanan lama.

Terdapat 4 fasa penting  dalam pembelajaran dan memori  yang dikaitkan dengan tidur.

  1. Tidur sebelum belajar
  2. Tidur selepas belajar
  3. Tidur untuk melupakan
  4. Tidur untuk pelbagai jenis memori

FASA PERTAMA : TIDUR SEBELUM BELAJAR

Ketika kita sedar, otak sentiasa menerima dan menyimpan maklumat di Hipokampus Otak (simpanan jangka pendek dan sementara).

Sifat Hipokampus Otak kita pula mudah penuh dan menyukarkan seseorang untuk belajar secara berterusan dalam jangka masa panjang.

Sebab itu dalam Program Best Belajar saya selalu pesan kepada pelajar belajar pendek-pendek atau tempoh sekejap bukan lama-lama.

Apabila kita tidur, maklumat sementara dipindahkan ke Korteks Otak dan memberi ruang bagi Hipokampus menerima lebih maklumat.

FASA KEDUA : TIDUR SELEPAS BELAJAR

Kebanyakkan maklumat yang telah dipelajari atau dibaca akan terkumpul di Korteks Otak sewaktu kita tidur.

Ini menjadikan otak dapat gunakan maklumat dengan segar apabila menduduki peperiksaan atau ketika kita perlu ingat kembali.

Kajian membuktikan sesiapa yang tidur awal malam dan melepasi peringkat tidur NREM 3 (rujuk perkongsian sebelum ini) mudah menyimpan memori berbanding peringkat REM yang berlaku pada akhir malam.

Tidur membaik pulih arkitekstur informasi pada waktu malam. Pada waktu siang pula Power Nap 20 minit bantu menguatkan memori dan meningkatkan kreativiti juga. 

FASA KETIGA : TIDUR UNTUK MELUPAKAN

Sebelum ini saya kongsikan tidur baik untuk simpanan pembelajaran & memori.

Pada waktu sama, tidur juga diperlukan untuk melupakan memori & ingatan (deletion). Sebagai contoh, untuk melupakan trauma yang berlaku pada hari-hari tertentu. Dengan tidur, trauma tersebut dapat dikurangkan sedikit demi sedikit.

Walau bagaimanapun, kajian ditahap ini masih dilakukan kerana tiada bukti yang kukuh untuk buktikan cara aplikasikannya. Apa yang pasti proses melupakan ini boleh berlaku dengan tidur dan jika trauma masih berlarutan dicadangkan berjumpa dengan Pakar Terapi untuk menjalani proses hipnosis

FASA AKHIR : TIDUR UNTUK UNTUK PELBAGAI MEMORI

Memori untuk kemahiran sensorimotor seperti bermain alat muzik, menunggang basikal dan lain-lain boleh dikuasai dengan latihan berulang-ulang.

Kaedah ini juga boleh diperolehi dengan tidur pada tahap NREM 2 iaitu kehadiran SLEEP SPINDLE (gelendong tidur) yang banyak memberi galakan kepada kemahiran motor yang baik.

Berlatih atau belajar sesuatu kemahiran / perkara baru dapat dikuatkan dengan diselangi tidur yang baik. 

Maka dengan ini selesailah perkongsian 4 fasa TIDUR yang penting  dalam pembelajaran dan memori  yang dikaitkan dengan tidur.

  1. Tidur sebelum belajar
  2. Tidur selepas belajar
  3. Tidur untuk melupakan
  4. Tidur untuk pelbagai jenis memori

Semoga bermanfaat dan memberi motivasi belajar yang baik buat anda.

 

#drsyedfaizal #keajaibantidur #bestbelajar


0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.