fbpx

Change Your ATTITUDE, Change Your FRIENDS

Ada sebuah hadis yang berbunyi :

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Perkara ini telah disebutkan oleh Rasullullah s.a.w pada 1400 tahun dahulu lagi. Memang benar apa yang diperkatakan ini. Bagi mereka yang sentiasa bergaul dan bercampur dengan kawan-kawan mereka. Secara sedar atau tidak sedar. 3 perkara akan mula mempengaruhi kita. Tiga perkara tersebut ialah:

  1. Fikiran
  2. Perasaan
  3. Tindakan

Saya sentiasa melihat rakan-rakan saya dengan siapa mereka bergaul selalu. Adakah kawan-kawan yang bergaul dengan mereka jenis yang suka bergosip, berfikiran kotor, berbicara dengan kata-kata yang kesat atau jenis yang berfikiran jauh, yang mengggunakan kata-kata indah dalam persahabatan, berkonsepkan usahawan dan apa-apa sahaja nilai-nilai murni yang dibawa oleh mereka.

Ramai yang mudah terikut dengan 3 faktor di atas apabila mereka sudah sebati antara satu sama lain.  Maka akan jadi satu sistem kepercayaan mereka. Inilah salah satu sebab. Mengapa agak sukar untuk kita pisahkan seseorang itu dengan kumpulan rakan-rakan mereka. Walaupun rakan-rakan mereka tidak mengamalkan nilai-nilai murni dalam percakapan, pemikiran dan tindakan.

 

 

 

 

 

 

Pilihlah sahabat-sahabat, teman-teman yang baik-baik dari segi kemahiran mereka, cara percakapan mereka, cara mereka berakhlak, cara mereka berjalan, cara mereka berpakaian, cara mereka berfikir. Ini supaya 3 faktor anda dipengaruhi dengan cara yang baik-baik belaka.

Mari kita lakukan sedikit latihan di bawah ini untuk menilai diri sendiri.

Di ruangan bawah ini, tuliskan nama-nama sahabat atau teman-teman yang sentiasa meluangkan masa bersama anda. Ianya mungkin sahabat sekolah, universiti atau sekerja anda. Jangan libatkan ahli keluarga anda. Silalah cuba :

Selepas anda sudah selesai melakukan aktiviti ini.

Tanyakan 2 soalan ini pada diri anda.

soalan 1 : Adakah individu-individu ini membuatkan anda rasa hebat. Mengeluarkan potensi diri anda. Adakah bila bersama mereka ini. Mereka memberi dorongan dan motivasi pada anda untuk menjadi yang terbaik. Adakah cara pemikiran, perasaan dan tindakan mereka hampir 100% dengan nilai-nilai akhlah Rasullullah s.a.w. Adakah anda rasa kagum dan berinspirasi bila bersama mereka ini. Does this person brings out the best in you. Ask yourself!!!

Soalan 2 : Adakah individu-individu ini mempunyai kepercayaan positif, akhlak yang murni dan standard yang tinggi seperti yang anda mahukan pada diri anda.

Jika jawapan kepada soalan-soalan di atas ialah “YA” tandakan tick pada kotak (Tick/X). Jika jawapannya ialah “TIDAK” tandakan X pada kotak (Tick/X)

 

Setelah anda lakukan aktiviti ini. Adakah anda dapati banyak Tick atau banyak X. Jika anda dapat banyak  “X” daripada tick. Ini menunjukkan anda sedang bergelumang dengan keadaaan sosial yang tidak meransang anda untuk lebih maju kehadapan.

 

Tidak hairanlah jika ATTITUDE anda tetap masih sama. Tetap tidak berubah. Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

 

akhir kata, demi mempunyai personaliti yang menarik berkonsepkan akhlak yang mulia. lakukanlah ini :

Change you Attitude by changing your friends. (^_^)

 

Salam sentuhan minda dari saya.

Syed Faizal S. Rahman
SmartStudy Associate Trainer

(p/s: change your friends bukan bermaksud putus sahabat. Cuma mula jauhkan diri demi kebaikkan diri sendiri.)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.