3 TEKNIK NLP UNTUK PRESENTATION ANDA

Teknik NLP merupakan suatu kaedah atau kuasa yang ampuh dan boleh digunakan dalam segenap hidup anda. Ramai pengamal NLP bertauliah menggunakan Teknik NLP dalam sesi terapi, coaching, pendidikan, jualan, copywriting dan lain-lain.

Sebagai Jurulatih Best Belajar™ dan Presentation Specialist, saya kerap menggunakan kaedah dan teknik-teknik NLP di dalam penyampaian saya. Berikut merupakan 3 Teknik NLP yang anda boleh gunakan dalam presentation anda.

  • FAKTA TUKAR KEPADA CERITA

Sekiranya anda ingin sampaikan fakta tentang sesuatu topik. Tukarkan fakta tersebut dalam bentuk cerita dahulu. Sekiranya susah. Sampaikan cerita setelah anda kongsikan fakta.

Sebagai contoh, sekiranya saya ingin memberitahu kepada audien saya tentang “ 7 Prinsip dalam Etika Berkomunikasi”. Saya tidak akan beritahu 7 prinsip itu terus sebaliknya saya akan kongsikan pengalaman saya mengamalkan 7 prinsip tersebut di salah satu lokasi yang saya telah kunjungi baru-baru ini. Ini akan memberi inspirasi kepada audien dan mereka akan jadi tidak sabar untuk belajar 7 prinsip itu dan mengamalkannya.

Remember !!! It’s the STORY that change people’s perception and their way of thinking. Not only fact.

  • TAMBAH RESEPI “SENSORY WORDS”

Di dalam NLP “Sensory Words” atau perkataan sensori ialah penggunaan perkataan-perkataan seperti :

VISUAL : Lihat, Tengok, Gambarkan, Bayangkan, Cantik, Terang, Berwarna…

AUDITORI : Dengarkan, Bunyi, Suara, Muzik, Intonasi Suara, Berbincang…

KINESTETIK : Rasakan, Sentuh, Aktiviti, Bahagia, Licin, Kasar….

Banyakkan penggunaan perkataan yang membolehkan audien anda melihat, mendengar dan merasakan akan apa yang anda sedang sampaikan. Jadikan resepi presentation anda lebih menarik dan sedap dengan perkataan sensori ini.

  • STAGE ANCHORING

Tahukah anda ? Sebagai presenter, anda boleh jadikan lokasi sesuatu pentas sebagai tempat PASAK (Anchor) anda ? Bagaimana untuk melakukannya ?

Anda boleh “Anchor” dalam minda audien anda dengan berdiri di sesuatu lokasi dan bertanyakan soalan negatif. Kemudian berdiri di lokasi lain untuk bertanyakan soalan yang positif atau soalan yang berbentuk mahukan audien setuju dengan anda. Pastikan anda gunakan kedua-dua lokasi ini secara tetap dan bermatlamat. Jangan tukar-tukar lokasi. Ini kerana kita mahu pasak dalam minda audien. Rancang awal-awal bagaimana anda mahu gunakan pentas anda secara maksimum.

Semoga bermanfaat.

==================================================

Pelajari Seni Penyampaian yang Menarik dan Berkesan dengan Syed Faizal melalui Bengkel Pentauliahan Profesional Presenter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.