3 FORMULA MUDAH UNTUK UCAPAN RINGKAS

 

Berikut merupakan Formula yang anda boleh gunakan dalam merangka seni penyampaian anda.

BAHAGIAN PERTAMA

Bahagian pertama ialah pembukaan. Di dalam bahagian ini, anda hanya perlu memberitahu kepada audien anda apa yang anda mahu kongsikan dengan mereka.Ianya umpama memberikan GAMBARAN KESELURUHAN kepada audien anda.

Sebagai contoh anda boleh bermula dengan berkata begini : “Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan sekalian sudi hadir ke program hari ini. Dalam 10 minit ini, saya akan kongsikan dengan anda 3 formula untuk merangka ucapan yang mantap dan berkesan.”

Sebagai bonus. Anda boleh tambah 2 perkara lagi iaitu 1 Poin yang audien boleh dapat dengan mendengar formula anda seterusnya 1 poin yang audien boleh elakkan dengan mendengar atau mengikuti formula anda. (What they can gain and what they can avoid by following your instruction). Ini merupakan Teknik NLP yang saya sering kongsikan dalam Bengkel Professional Presenter saya.

Sebagai Contoh: “ Apabila anda mengikuti formula saya ini, anda akan lebih mudah menyampaikan topik ucapan anda dan seterusnya tidak lagi gagap di hadapan audien anda”

Lebih mudah = Audien dapat

Tidak lagi gagap = Audien boleh elak

BAHAGIAN KEDUA

Di bahagian kedua ini, anda perlu sampaikan FORMULA yang anda telah janjikan dibahagian pertama tadi (pembukaan). Dicadangkan sebaik-baiknya sampaikan 3 Formula, 3 Teknik, 3 Kaedah untuk selesaikan masalah audien. Sebagai contoh : “Berikut merupakan 3 Formula yang saya ingin kongsikan dengan anda. Yang pertama………………… Yang kedua……………. Yang Ketiga…………” Sampaikan langkah demi langkah.

Ingat untuk menjadi seorang yang pakar dalam bidang anda. Sentiasa fikirkan bagaimana tip atau petua anda dapat selesaikan masalah audien anda. Usah banyak bercerita tentang mengapa….mengapa… mengapa… tetapi banyakkan berkongsi bagaimana… bagaimana… bagaimana…

BAHAGIAN KETIGA

Setelah selesai berkongsi formula anda di bahagian kedua. Di bahagian akhir ini, anda hanya perlu lakukan kesimpulan dengan mengulangi kembali atau memberitahu kembali kepada audien apa yang anda telah kongsikan dengan mereka. Sebagai contoh : “Alhamdulillah, tuan puan sekalian. Kita telah pun pelajari 3 formula untuk merangka ucapan yang mantap. Pertama kita belajar tadi….. keduanya….. dan akhir sekali kita telah pelajari juga……”

Kaedah ini lebih berkesan jika anda dapat minta audien sebut kembali nama-nama formula yang anda kongsikan. Mereka akan sangat “enjoy” penyampaian anda. Percayalah. Saya sudah amalkan kaedah ini hampir 9 tahun.

 

Semoga bermanfaat.

 

===============================================================

Berminat untuk menjemput Syed Faizal ke organisasi anda bagi mengendalikan Bengkel Professional Presenter ? Hubungi 019 – 211 12 85 atau emel info@syedfaizal.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.