PROFESSIONAL PRESENTER : BAGAIMANA MENYUSUN TOPIK UTAMA PRESENTATION ANDA

Antara cabaran utama seorang presenter dalam melakukan penyampaian ialah MENYUSUN TOPIK UTAMA atau pengisian utama yang bersesuaian. Di sini saya kongsikan beberapa kaedah yang anda boleh lakukan untuk menyusun topik utama anda. Kaedah ini juga saya sering gunakan dalam Presentation saya. Semoga bermanfaat.

  1. KAEDAH TOPICAL

Kaedah Topical merupakan kaedah klasik dimana caranya lebih kurang seperti kita menulis karangan sewaktu di sekolah. Kita perlu mempunyai Pendahuluan (intro) kemudian 3 isi dan akhirnya tutup dengan kesimpulan (ending). Kaedah ini amat praktikal bagi mereka yang selalu mendapat arahan bos “last minit” untuk melakukan presentation. Audien juga lebih mudah memahami FLOW presentation anda.

2. KAEDAH CHRONOLOGI

Kaedah Chronologi selalunya digunakan dalam memindahkan kemahiran kepada audien. Contohnya bagi tajuk Presentation “Bagaimana….”. Bagaimana mengurus Duit dengan betul. Bagaimana mengurangkan kos sara hidup. Bagaimana menjadikan hidup kita lebih bersemangat. Anda boleh juga susun topik utama dalam kategori SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS.

3. KAEDAH SPACIAL

Kaedah spacial pula digunakan jika anda mahu kategorikan topik utama anda. Topik Pertama anda hanya bercerita tentang masalah. Topik kedua anda berikan solusi. Topik ketiga anda beritahu kepada audien apakah manfaat yang mereka boleh terima dengan solusi anda.

Penyampaian berbentuk begini perlu mempunyai fakta-fakta yang mantap sebelum anda present. Ini kerana anda perlu betul-betul mempengaruhi audien anda. Dalam erti kata lain, penyampaian begini perlu “PERSUASIVE”.

======================================================

Pelajari Kaedah Menjadi seorang Professional Presenter bersama Syed Faizal Sitheek Rahman. Hubungi 019 – 211 12 85 bagi menganjurkan Bengkel Professional Presenter di organisasi anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *