NLP 4 GAMIFICATION | THE 4 M’s of Gamification

screen-shot-2016-11-11-at-8-20-57-pm

 

Bagi memastikan sesuatu permainan atau aktiviti yang dijalankan kepada peserta program anda. Anda harus memastikan 4 M ini benar-benar diselitkan dalam “Frame Work” aktiviti anda.

MEANING

Aktiviti anda akan lebih “ENGAGED” oleh para peserta sekiranya mereka benar-benar faham maksud sebenar atau tujuan utama mereka perlu menjalani aktiviti permainan tersebut.

Apabila anda jalankan Team Building. Terangkan Objektif bina pasukan tersebut. Apa manfaatnya kepada mereka. Lebih baik juga apabila anda terangkan apakah manfaatnya pada peringkat individu dan kumpulan.

Di dalam NLP, kita sering berkata “THE MAP IS NOT THE TERRITORY“. Ini bermaksud, walaupun ada 2 orang yang lalui aktiviti atau permainan yang sama. Belum tentu kedua-dua orang tersebut mempunyai “DETAIL” yang sama. Masing-masing akan memberikan makna yang tersendiri.

Untuk itu, sebagai seorang Jurulatih atau Fasilitator. Pastikan anda memberikan OBJEKTIF yang jelas dan memberikan MAKSUD yang peserta perlu cipta melalui aktiviti.

 

MYSTERY

Otak manusia suka pada misteri, kerana itu setiap masa kita mula menemui perkara-perkara yang baru dan teknologi semakin canggih.

Unsur Misteri atau tidak tahu apa akan datang selepas ini harus diselitkan dalam proses aktiviti anda. Ini sebagai satu Pemacu Emosi para peserta anda.

Soalan “Bagaimana kita nak selesaikan ini ?” “Bagaimana kita nak pergi ke peringkat seterusnya ?” mestilah menjadi tanda tanya dalam diri mereka.

Berikan juga kuasa memilih kepada para peserta untuk tentukan hala tuju permainan mereka.

Saya masih ingat lagi, mentor saya Abang Smart. Di dalam kendalian Program Team Building beliau, peserta yang bertanya soalan kepada beliau. Beliau akan bertanyakan soalan kembali. Seolah-olah misteri yang perlu diselesaikan oleh peserta sendiri.

Di dalam NLP, kenyataan atau perbualan seseorang boleh menjadi misteri sekiranya kita tidak bertanyakan soalan dengan betul yang boleh menjelaskan sesuatu misteri. NLP juga dibina berdasarkan misteri yang mahu dibongkarkan oleh pengasas NLP sendiri melalui kajian pakar-pakar terapi di dunia barat.

MASTERY

Keseronokkan akan tercipta apabila peserta yang menjalani aktiviti dapat menyelesaikan tugasan – tugasan tertentu. Seolah-olah mereka sudah mencapainya dan menguasainya (mastery)

Apabila mereka selesai, minta mereka terangkan semula bagaimana mereka selesaikan.

Berikan penghargaan kepada peserta yang telah menyelesaikan tugasan melalui pujian kata-kata atau pemberian sesuatu. (Recognition Emotional Drives)

Bak kata pepatah dalam bahasa inggeris : Mastery is motivational – so ‘catch them being good’ see the recognition turn to determination to do better.

Di dalam NLP kita boleh mencapai tahap mastery dengan menggunakan Teknik Modelling. Kuasai Formula dan Struktur yang digunakan oleh orang lain untuk berjaya. Anda kuasai formula dan struktur orang tersebut. Anda akan berjaya juga. Sekiranya anda tidak berjaya. Fleksibelkan diri anda.

MEMBERSHIP

Unsur atau sifat rasa kebersamaan memberikan impak besar dalam Gamification. Lihat sahaja bagaimana komuniti yang bermain permainan game video seperti Warcraft, Red Alert, Assasin Creed dan lain-lain. Mereka mempunyai komuniti yang besar dan semangat untuk menghidupkan permainan tersebut.

Manusia suka rasa sama, satu kepala, satu geng.

Di dalam Team Building, unsur kebersamaan merupakan prinsip asas untuk menentukan kumpulan tersebut terus berjuang menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Jurulatih.

Sebagai seorang Jurulatih Bertauliah dalam Gamification, saya dapati 4 M ini (Meaning, Mystery, Mastery & Membership) sebagai suatu alat yang dapat membantu saya dalam membina permainan, aktiviti atau proses yang memberikan kesan kepada para audien saya.

Mungkin juga Gamification boleh membantu anda sebagai seorang Guru, Kaunselor, Jurulatih, Fasilitator, ibubapa atau sesiapa sahaja dalam segenap hidup anda.

Nantikan Bengkel NLP 4 Gamification saya… eksklusif untuk anda.

screen-shot-2016-11-11-at-8-56-40-pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *