BELAJAR BERSYUKUR DENGAN AKTIVITI INI

 

Kita terlalu fokus kepada kegagalan sehingga menyebabkan tidak nampak perkara-perkara yang membuatkan kita bersyukur. Antara kegagalan yang mungkin kita lalui ialah Gagal dalam peperiksaan, pekerjaan yang kita tidak dapat selepas temuduga, hadiah yang terlepas daripada dimiliki, perhubungan yang tidak menjadi.

Well!!!! We all do fails at some point.

Persoalannya ialah bagaimana kita boleh kekal gembira atau bahagia. Jawapannya ialah dengan FOKUS pada  perkara-perkara POSITIF. Contohnya, peperiksaan yang mungkin anda lulus, perhubungan atau persahabatan yang masih ada dan kekal, pekerjaan yang anda sedang lakukan atau mungkin akan dapat selepas ini. Gelak ketawa yang anda pernah lalui sebelum ini. (^_*)

 

Lakukan aktiviti ini : Ambil beberapa minit dan senaraikan perkara-perkara yang anda boleh syukur dari zaman kecil hingga sekarang. Tidak kisah sama ada ianya perkara kecil atau besar. Asalkan ianya memberi makna kepada anda.

  1. ______________________________________
  2. ______________________________________
  3. ______________________________________
  4. ______________________________________
  5. ______________________________________
  6. ______________________________________
  7. ______________________________________

Akhir kata, Jadikanlah apa sahaja kegagalan anda sebagai suatu pembelajaran. Jika tidak ianya akan kekal sebagai kegagalan.

 

Salam kejayaan dari saya Syed Faizal Sitheek Rahman, Jurulatih Utama, Kumpulan Best Belajar Malaysia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *