7 SIKAP MENJAHANAMKAN DIRI ANDA

Selalunya saya kongsikan petua-petua dan strategi untuk memajukan diri. Kali saya ingin berikan sedikit perspektif yang berbeza. Bagaimana untuk menjahanamkan diri kita. Berikut merupakan cara-caranya.

screen-shot-2016-10-19-at-9-54-20-am

TUJUH SIKAP MENJAHANAMKAN DIRI

SIKAP PERTAMA : REAKSI (React)

Segala masalah yang anda lalui SALAHKAN sahaja pada orang lain. Mungkin Keluarga anda, kawan-kawan anda, Guru anda, Jiran anda, Kekasih anda dan majikan anda. Harga minyak makin naik, ekonomi tidak stabil. Mudah sahaja. Salahkan sahaja kerajaan. Jadilah mangsa keadaan. Jangan buat apa-apa. Hidup ini senang je. Salahkan je semua. Anda sahaja betul kan. Kalau bosan. Buat perangai. Cari masalah. Kalau ada sesiapa yang cari masalah. Gaduh atau bertumbuk dengan dia. Buat salah sebanyak mungkin. Semua ini hanya perlukan satu sikap sahaja. Berikan REAKSI sahaja pada apa yang berlaku pada diri anda.

SIKAP KE-DUA : BERMULA DENGAN TIADA MATLAMAT

Apabila anda bangun dari tempat tidur. Elakkan ada matlamat. Usah fikirkan nak capai apa hari ini. Hidup ini kan lama. Rilek sudah. Kenapa nak risaukan tentang kemajuan. Maju-maju pun bukan ke mana pun. Tidur sahaja, rehat, pergi jalan-jalan sambil buang masa. Esok bila mati baru fikir apa sebab kita diwujudkan. Mulakan hidup anda tanpa MATLAMAT.

SIKAP KE-TIGA : PERKARA UTAMA AKHIRKAN

Apa pun perkara yang paling penting atau utama dalam hidup anda untuk hari ini. Jadikannya perkara atau tugasan akhir. Buat dahulu tugasan – tugasan yang tak penting seperti tonton drama, main “Video Game”, layari internet tanpa matlamat, lepak sahaja di mana-mana. Kalau ada subjek perlu belajar. Jangan belajar. Belajar lewat malam nanti waktu anda sudah mengantuk. Pastikan perkara seronok yang diutamakan. Berseronoklah sekarang. Bersusahlah kemudian.

SIKAP KE-EMPAT : FIKIR MENANG – KALAH

Lihatlah kehidupan ini sebagai suatu pertandingan. Anda sahaja yang perlu menang. Jangan menangkan orang lain. Orang lain tak hebat. Anda sahaja yang hebat dan layak untuk tempat pertama. Ingat !!! Kalau anda kalah… mereka akan menang. Jadi jangan biarkan mereka menang. Kalau anda rasa anda akan kalah. Pastikan lawan anda juga akan kalah. Jangan fikirkan perasaan orang lain. Anda sahaja yang ada perasaan. Sentiasa fikir bagaimana untuk MENANG dan orang lain KALAH.

SIKAP KE-LIMA : CAKAP DAHULU KEMUDIAN BERLAKON MENDENGAR

Anda telah dilahirkan bersama mulut yang sempurna. Dua Telinga tak penting pun sebenarnya. Banyakkan bercakap. Sentiasa cakap dahulu apa yang anda fikirkan tanpa fikirkan buah fikiran orang lain. Selepas orang lain dengar pendapat anda. Berlakon sahaja seolah-olah anda pula sedang mendengar pendapat mereka. Pendapat mereka tak penting pun. Ingat!!! CAKAP sebanyak mungkin sebelum orang lain berpeluang untuk bercakap.

SIKAP KE-ENAM : JANGAN KERJASAMA

Orang lain tidak pandai bekerjasama. Mereka sangat pelik. Jadi jangan bekerjasama. Kerja sahaja seorang diri. Kalau anda pelajar. Belajar seorang diri sahaja. Sudah cukup. Kerja kumpulan ini untuk binatang sahaja. Anda sebagai manusia yang teragung. Tak perlu kerja – kerja kumpulan ini semua. Jadilah SUPERHERO JADIAN sendiri.

SIKAP KE-TUJUH : TUMPULKAN DIRI ANDA

Jadilah terlalu sibuk dalam hidup ini sehingga anda tiada masa untuk menambak baik diri anda.  Jangan belajar perkara-perkara baru. Usah pergi ke bengkel atau seminar yang memberikan ilmu atau teknik-teknik baru. Elakkan bersenam. Jangan baca buku-buku yang bagus. Tolonglah…. Hidup ini tak perlu terlalu bagus sangat. Setiap hari fikir bagaimana untuk tumpulkan diri.

 

Selepas anda baca semua SIKAP di atas, anda akan faham. Sebenarnya sikap di atas tidak elok dan janganlah biarkan diri anda menjadi seperti di atas. Jadilah individu yang

  1. Respon pada keadaan
  2. Bermula dengan Matlamat
  3. Utamakan perkara penting
  4. Fikir Menang-Menang
  5. Dengar Dahulu baru bercakap
  6. Bekerjasama
  7. Tajamkan Diri anda

Semoga bermanfaat.

============================================================

MAHU JALANKAN PROGRAM MOTIVASI DI SEKOLAH ATAU ORGANISASI ?

screen-shot-2016-10-19-at-10-38-30-am

PROGRAM MOTIVASI & BIMBINGAN SISTEM BEST BELAJAR™

Merupakan Modul Utama Kumpulan Best Belajar™ Malaysia. Modul ini amat sesuai untuk Pelajar Sekolah Rendah (tahap 2) dan Pelajar Sekolah Menengah.

Fokus Pengisian Program :

SISTEM TIMELINE : Motivasi Diri Pelajar & Mengubah Mentaliti Pelajar untuk ambil Tanggungjawab

SISTEM MOVIE NLP : Kaedah Menghafal Fakta Subjek Sekolah

SISTEM VISUAL NLP : Kaedah Menghafal Fakta Subjek Sekolah

SISTEM NOTA MINDA : Kaedah Mencatat nota menggunakan Otak Kiri & Kanan

SISTEM 7 SENJATA MINDA :Kaedah merangsang KBAT Pelajar

SISTEM KAD KBAT BEST BELAJAR™ : Kaedah mencipta nota dan penggunaan soalan

Whatsapp : 019 – 211 12 85 untuk Pertanyaan atau Jemputan

screen-shot-2016-10-19-at-10-38-20-am

PROGRAM NLP 4 TEACHERS

Amat sesuai untuk Guru, Pensyarah dan Pendidik. Di dalam Modul ini pendidik akan pelajari bagaimana menggunakan Teknik Lisan dan Bukan Lisan untuk mempengaruhi pelajar dan secara tak langsung menjadikan Pengajaran & Pembelajaran menjadi menarik menerusi Teknologi NLP.

Whatsapp : 019 – 211 12 85 untuk Pertanyaan atau Jemputan

screen-shot-2016-10-19-at-10-38-39-am

PROGRAM BEST BERCINTA

Mendedahkan kepada pelajar 5 Bahasa Cinta secara interaktif supaya pelajar faham dan hargai sekolah, guru dan keluarga mereka.

Whatsapp : 019 – 211 12 85 untuk Pertanyaan atau Jemputan

screen-shot-2016-10-19-at-10-38-51-am

PROGRAM KiDS PRESENTER

Program Pengucapan Awam untuk Pelajar Sekolah Rendah & Menengah. Di dalam program ini pelajar akan belajar dan aplikasi bagaimana untuk berucap secara profesional dan menjadikan mereka berani untuk berucap di khalayak ramai.

Whatsapp : 019 – 211 12 85 untuk Pertanyaan atau Jemputan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *