Seni Bicara : Teknik Berbicara 1

Salam rahmat buat semua. Tertarik saya untuk berkongsi beberapa teknik atau tips yang saya sering gunakan dalam dunia latihan & motivasi saya semasa berucap di hadapan orang ramai.

Ramai yang gugup untuk berbicara di hadapan khalayak ramai.

Memang diakui, semua manusia pun bila diminta bercakap di hadapan orang. Pasti akan berasa takut dan risau. Antara yang biasa dirisaukan ialah tidak tahu hendak cakap apa, takut-takut kalau pendengar atau penonton tidak layan atau respon terhadap persembahan kita dan banyak lagi faktor-faktor lain yang saya fikir anda sudah pun sedia maklum ketahuinya.

Namun, perkongsian saya di sini bukanlah saya hendak ketengahkan faktor-faktor itu. Saya percaya setiap orang ada nilai-nilainya yang tersendiri yang membuatkan mereka mampu berbicara dengan gaya dan aura tersendiri. Oleh sebab itu, saya ingin kongsikan beberapa teknik yang biasa saya gunakan untuk membuat persembahan yang hebat.

Antara teknik-tekniknya ialah :

  • KETAHUI LATAR BELAKANG AUDIEN KITA

Sekiranya audien kita ialah pelajar sekolah rendah atau menengah. Berbicaralah mengikut tahap pemahaman mereka. Jika orang dewasa. Berbicaralah seperti orang dewasa tetapi ingat. Jika orang dewasa lebihkan kepada perkongsian. Orang dewasa tidak suka diajar. Apabila kita tahu latar belakang atau target audien kita. Sedikit sebanyak ‘Phobia’ kita dapat dikurangkan dan kita boleh mula fokus pada bagaimana untuk menyampaikan input-input yang kita hendak sajikan pada audien kita.

  • VISUALISASI MENTAL

Ini ialah suatu teknik yang biasa pakar-pakar motivasi akan lakukan sebelum mereka memulakan program mereka. Ini jugalah teknik yang biasa saya lakukan. Biasanya seminggu sebelum program lagi saya sudah akan melatih diri saya secara “visualisasi mental”. Teknik ini dilakukan dengan memejamkan mata atau membayangkan diri saya sudah berada di hadapan audien dan saya sedang menyampaikan isi penyampaian saya pada audien semua.

Apa yang paling penting semasa melakukan teknik ini ialah. Bayangkan audien semuanya nampak gembira dengan gaya penyampaian kita. Semuanya seronok dan terhibur dengan mutu penyampaian kita. Itu yang paling mustahak. Namun untuk pastikan yang kita tidak syok sendiri. Pastikan ada guru atau teman yang sama dalam bidang kita menilai kita. Mengapa saya cadangkan teman yang sebidang.

Kerana selama saya menjalankan program-program motivasi ini. Ramai sahaja yang memberikan kritikan dan teguran. Namun bukan semua orang boleh berikan kritikan. Kerana hanya yang pakar dalam bidang masing-masing sahaja yang tahu mana perlu dibetulkan atau tidak.

  • NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP)

Saya fikir ini adalah ilmu yang paling mahal saya kongsikan dengan anda semua. (^_^). Sedar atau tidak sedar. Rupa-rupanya setiap dari kita mempunyai cara tersendiri dalam mempelajari sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling kita. Untuk mudahkan pemahaman anda. Saya terus lompat ke isi utama iaitu. Masing-masing dari kita menggunakan 3 cara berlainan dalam mempelajari sesuatu perkara. 3 cara tersebut ialah

I.            VISUAL

II.           AUDITORI

III.          KINESTATIK

Jika anda perasan, kebanyakkan testimoni yang saya terima daripada pelajar-pelajar yang mengikuti program kendalian saya atau di bawah syarikat saya sedang bernaung ini. Tentu anda akan rasa hairan. Apakah yang membuatkan program kami sangat seronok. Seolah-olah suatu program yang berlainan. (Berdasarkan pandangan orang lain).

Program Qalbu Development Muslimah (QDMU)

Link testimoni peserta Program QDMU -> http://www.facebook.com/note.php?note_id=421868787609

Di dalam setiap program yang saya kendalikan, saya akan pastikan tiga-tiga unsur ini ada dan dirasai oleh audien saya. Kita harus sedar dan faham audien kita ada yang belajar melalui VISUAL. Penglihatan. Mereka mahu melihat penceramah dengan jelas. Perlu ada bahan nota yang disediakan paling tidak pun ada Power Point di hadapan supaya mereka dapat mengikut rentak penyampaian input kita.

AUDITORI pula ialah audien yang mahukan bunyi yang jelas. Mereka mahu suara penceramah jelas kedengaran. Selitkan juga bunyi-bunyi atau audio yang sesuai dengan program yang anda kendalikan. Audien jenis AUDITORI biasanya ialah audien yang suka turut serta dalam memberikan pendapat dan pandangan mereka. Untuk menarik audien seperti ini. Banyakkan melontar persoalan yang membolehkan mereka turut serta dalam program kendalian anda.

KINESTATIK pula ialah audien yang belajar melalui cara pergerakkan, sentuhan dan pengalaman. Mereka ini perlu bergerak untuk berfikir. Mereka juga suka sekiranya penceramah memberikan aktiviti supaya mereka boleh lakukan sesuatu.

Untuk mudahkan pemahaman anda lagi. Saya telah edit sedikit video program yang saya pernah kendalikan dalam konvensyen Belia Pulau Pinang. Bolehlah rujuk video ini bagi memudahkan pemahaman anda.

Link Video -> http://www.facebook.com/video/video.php?v=1732910050241&comments

 

Posted in Seni Bicara |

Seni Bicara : Tips Menjadi Penceramah Professional

 

 

 

 

 

 

Posted in Seni Bicara |

Pengalaman bersama Surau Luqman Pulau Pinang

 

Posted in Aktiviti Terkini |

Nota Hati : Dunia di Tangan vs Akhirat di Hati

 

Posted in Nota Hati |

Nota Minda : Belajar Perlukan Air

 

Posted in Nota Minda |

Seni Bicara : Teknik Membina Keyakinan

 

Posted in Seni Bicara |

Maklumbalas Pelajar Tingkatan 3 SMAP

Anis Alisa Bt. Aznan
Kali pertama hadiri ceramah motivasi yang seronok. Ceramah disampaikan dengan cara yang sangat berkesan kerana pelajar tidak bosan, mengantuk atau tertekan. Saya dapat macam-macam hari ini. Contohnya cara mengingat sesuatu fakta dengan seronok dan berkesan.
Nur Hidayah Ahmad Hafidzi
Ilmu yang disampaikan sangat berkesan kerana penceramah (Abg Syed) mempunyai karakter yang menyenangkan dan pandai buat lawak. Ceramahnya amat berkesan dan dapat diaplikasikan dalam sisterm pembelajaran.
Surayya Bt. Che In
Program ini best sangat x100. Harap-harap Abg Syed boleh bagi motivasi dekat sini lagi. InsyaALLAH saya akan praktikkan..Berkesan tauu!!! :D
Muhammad Akmal B. Rosman
Penceramah ok, best,sporting,banyak buat lawak. Untuk pengetahuan abg saya tak pernah jumpa penceramah mcm abg!! Ilmu yang abg bagi pun saya tak pernah dengar lagi. Bagus.Especially yg nombor ceria tu. Smart gila!! Saya akan gunakan. Teruskan dgn kerja mulia abg..terima kasih.best! mantap!!
Jaranchai Naruenatnamakorn (Thailand Student)
Saya rasa gembira dan seronok sepanjang mendengar ceramah. Ilmu-ilmu dan teknik-teknik yang disampaikan amat bagus. Jika berpeluang, saya ingin mendengar ceramah daripada abg syed lagi. Terima kasih.
Hasan Hayeemasq (Thailand Student)
Pendapat saya, penceramah sangat baik, aktif dan bagus. Cara ini sangat bagus kepada pelajar-pelajar. Saya berharap pihak sekolah akan menjemput penceramah ini lagi dari semasa ke semasa. Alhamdulillah.
Ilyas Hanafi B. Razali
Pendapat saya, program ini sangat TERBAIK!!! Lain kali datang sekolah ini buat lagi! Ilmu yang dikongsikan sangat berguna dan seronok. Tak pernah lagi saya jumpa sebegini. Kesan pada saya, sekarang saya bersemangat nak belajar.
Muhammad Asyraf B. Abdul Manaf
Saya rasa penceramahnya baik…seronok…jarang saya tidak tidur dalam ceramah. Tapi kali ini saya tidak mengantuk . Suasana ceramah hidup dan ceria….

Kudratullah Nadzim B. Mohd Nasir
Pada pendapat saya, Encik Syed merupakan penceramah yang paling ceria yang tidak pernah saya jumpa. Dengan tindakan sebegitu dia dapat menarik minat pelajar untuk terus fokus apa yang disampaikan. Saya mendapat input yang sngat berkesan dan boleh digunakan pada masa hadapan.
Hareez Hilmi B. Zainuzzamree
Terbaik..ilmu yang disampaikan oleh penceramah sangat bergaya dan berkesan.

Tun Abra Hakim B. Abdul Rahman
Memang seronok. Ilmu yang diberikan senang faham. Penceramah sporting dan open minded.

Nadiah Bt. Zaharin
Penyampaian Abg Syed sangat best!!!! Saya sangat suka!!! Tambah-tambah lagi Abg Syed senyum handsome sangat-sangat!!! Hehe….ilmu yang abg syed kongsi sangat berguna untuk saya.
Nur Effa Najihah Abdul Wahab
Pada pendapat saya cara penyampaian penceramah pada hari ini sangat bagus kerana pandai menarik hati dan menceriakan hati para pelajar. Ilmu yang disampaikan sangat menarik dan perkara baru.
Norhassyazwani Bt. Md Ghaus
Penceramah abg syed sangat pandai menarik perhatian para pelajar sepanjang sesi.Penceramah sangat bagus dan bersemangat. Pengisian sangat menarik dan tidak pernah ada dalam mana-mana sesi ceramah sebelum ini. Doakan kejayaan kami 9A dengan akhlak terpuji.
Nur Aina Aqilah Bt. Mohamad Rahmat
The BEST!! First Time ceramah yang buat saya tidak mengantuk…Penyampaian yang dikongsi senang masuk otak. Minat nak belajar semakin tinggi. EXCITED!!!
Ummu Aina NAbilah Shaiful Azmi
Cara beliau menyampaikan ceramah penuh dengan keceriaan dan gelak tawa disamping beliau juga menerapkan unsur-unsur agama. Sangat bersemangat. Bagus!!! Amat bagus untuk saya.
Izzat Naqiuddin Haziq
Penyampaian ilmu penceramah bagus dan suka buat lawak. Kami semua tidak mengantuk. Bahan multimedia yang menyeronokkan. Kalau boleh buat lagi sekali sebelum PMR menjelma.
Mohamed Hazimi Asyraf B. Mohamed Azham
So far, it’s GREAT. Tak tipu. All the knowledge are brilliant and effective. Cuma laju sangat l..Thanks bro.
Abdul Azim B. Nadzri
Satu penyampaian ilmu yang sangat menarik!!! Wonderfull!!!

Muhd Hazim B. Abd. Salam
Motivasi paling best dan lawak!!! Pada mulanya bersemangat, kemudian sudah hilang mood…tapi abang pandai naikkan mood kami!!! The last one..TERBAEK!!!

 

Terima kasih kepada semua pelajar-pelajar PMR Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Moga ilmu yang dikongsikan bermanfaat.

 

Posted in Aktiviti Terkini |

Maklumbalas Pelajar Tingkatan 2 SMAP

Fatornah Binhayeeawae (Pelajar Thailand)

Nice to meet you abg syed!!..program pada pagi ini sangat gembira dan menyeronokkan! Tidak sama dengan program motivasi pelajar yang lain. Harap-harap dapat menyertai program SmartStudy lagi! Program ini sangat bagus dan memuaskan. Isinya membolehkan saya mengamalkannya dalam tugasan harian. InsyaALLAH kita sama-sama berjaya! Semoga Allah memberi kejayaan dunia dan akhirat amin…terima kasih banyak-banyak..

Nur Iman Humairah Bt. Nazri

Sangat bagus!!! Abang Syed merupakan motivator yang PROFESIONAL. Kalau boleh dibuat dalam masa yang lebih panjang. Diadakan setiap tahun!! Tajuk sangat sesuai dengan keperluan diri saya sebagai pelajar. Program ini dapat menambah kemahiran saya untuk belajar dengan betul. Bombastic!!

Asmah Navi (Pelajar Thailand)

Tidak jemu, sangat bagus. Untuk pengetahuan abang inilah program yang paling best dan cool daripada mana-mana program tentang belajar.

Prapan Lateh (Pelajar Thailand)

Program ini sangat baik untuk pelajar macam kami dan tidak membosankan kerana ada penyampaian yang sangat bagus. Kalau boleh saya harap dapat jumpa abang lagi ye. Selain itu, program ini memang bagus dan dapat cara yang banyak serta seronok.

Kuharfal Kuji (Pelajar Thailand)

Saya sangat suka program ini. Saya dapat tahu bahawa saya pelajar jenis mana. Terima kasih banyak abg Syed. Semoga Allah sentiasa melindungi abang.

Hafiz Ilmi

Program paling terbaik dalam banyak-banyak program yang saya sertai. Thank you.

Muhd Amin (Pelajar Thailand)

Assalamu’alaikum Abang…jadi program ini program yang seronok. Saya rasa tiada kekurangan di sini. Program ini membuat saya rasa semangat untuk belajar untuk mendapat 9A. Saya harap program akan diadakan lagi pada masa depan.

Waris Issara (Pelajar Thailand)

Program ini sangat bagus.. Dari dulu lagi saya tak pernah lagi dapat jumpa ceramah yang sangat BEST macam ini. Saya harap insyaALLAH kalau ada peluang kita jumpa lagi dan kongsi pendapat lagi.

Muhammad Hazim B. Mohd Nor

Saya rasa program motivasi ini sangat bagus. Program ini banyak memberikan pendedahan kepada diri saya tentang tips tips belajar. Penyampaian Abg Syed bagus serta tidak bosan. Saya harap program ini dapat diadakan lagi.

Aiman Duere

Saya ialah pelajar Thailand. Saya sangat gembira dan seronok. Abang membuatkan saya bersemangat untuk belajar di Malaysia. Kalau boleh saya nak abang datang setiap bulan kerana saya suka dengar abg ceramah dan cara-cara untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Terima kasih Abang.

Nurihan Tohloo (Pelajar Thailand)

Program SmartStudy sangat bagus kerana program ini sangat berkesan kepada saya untuk saya berusaha. Saya tidak akan lupa apa yang saya belajar hari ini. Saya rasa kalau saya berjaya saya rasa program ini yang membantu saya insyaALLAH…Thank You…

Nurhafizah Radaeng (Pelajar Thailand)

Terima kasih kepada abg syed yang sudi datang memberi teknik-teknik belajar pada kami. Program sangat bagus. Suara abg merdu sangat…

Nuralfan Duereh (Pelajar Thailand)

Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada abang yang sudi memberi tips kepada kami. Saya tidak pernah dengar ceramah yang sangat seronok mc mini. Saya sangat bersyukur kepada ALLAH kerana saya bertuah mendengar ceramah ini. Abang memang suara merdu…

Ahmad Farid Imran B. Dzulkifli

Program ini ialah program motivasi paling “BEST” yang pernah saya pergi. Banyak informasi yang abang bagi dan seronok sebab abang bagi informasi tu dengan “SEMPOI”. TERBAIK la!!! Saya tak mengantuk langsung..lawak abang memang menghiburkan…

Nur Raihani Bt. Mohd Azuan

Penceramah sangat bersemangat, sempoi, yakin dan kemas orangnya…isi yang disampaikan amat padat dan tidak membuatkan saya mengantuk. Suatu program yang luarbiasa. Banyak teknik yang saya tidak

Nur Najihatul Akmal Bt. Mohd Yusof

Bagi pendapat saya, ceramah motivasi yang diberikan sebentar tadi amat bagus dan padat. Tajuk slot tersebut sesuai dengan keperluan diri saya. Saya ucapkan terima kasih atas kesudian Abang Syed memberikan ceramah.

Nur Syahira

Saya ucapkan terima kasih di atas kesudian abg memberi ceramah yang hebat kepada pelajar SMAP Kajang.

Muhd Hanan

Best giler sebab abg syed sporting…suara abg sedap..pandai buat lawak.

Khairul Irwan Fikri

Abang memang best giler…kalau boleh datang lah lagi ceramah…Saya makin semangat untuk belajar selepas program ini.

 

Posted in Aktiviti Terkini |

Journey Ukhwahtul Mahabbah

Posted in Aktiviti Terkini |

Nilai Seorang Sahabat

Hidup dalam dunia ini, mustahil untuk kita hidup berseorangan diri. Lalu apakah yang membuatkan kita memilih seorang teman yang kita namakan sebagai… SAHABAT?

Sebabnya adalah kerana kita memilih nilai yang ada padanya. Nilai seorang sahabat sangatlah tinggi harganya. Ini kerana suatu persahabatan dilihat daripada ketelusan hati dan kesediaannya untuk berkorban demi orang lain.

Sahabat mana yang sanggup berkorban kepentingan dirinya untuk orang lain? Dunia sekarang ini sangat mementingkan dirinya. Hubungan antara manusia semakin kering, tingkat persaingan semakin tinggi dan kemajuan teknologi meluaskan jurang antara manusia dengan manusia.

Saudara saudariku, kita memerlukan sahabat yang dapat menjadi teman di kala suka dan duka.  Nilai suatu persahabatan sebenarnya dilihat daripada kesanggupan kita berkorban untuk orang lain.

 

Menjadi sahabat di kala senang perkara yang biasa dan mudah kerana sesiapa pun dapat melakukannya. Tetapi menjadi sahabat di kala susah adalah suatu yang lebih bermakna dan menjadikan persahabatan kita itu begitu tinggi.

Sahabat yang sejati adalah seorang yang sanggup mendengar dan mengerti kita. Mereka akan faham hakikat perjuangan kita. Mereka akan bersama-sama kita harungi susah dan senang demi matlamat bersama.

Di facebook, saya sempat bertanya dengan teman-teman di alam maya mengenai apakah nilai-nilai yang mereka cari daripada sahabat mereka? ini merupakan sebahagian daripada respon mereka :

Cari atau semailah nilai-nilai ini daripada sahabat anda :

1. Kejujuran
2. Kesetiaan
3. Kepercayaan
4. Keimanan
5. Karakter Rasullullah s.a.w
InsyaALLAH….semoga anda ketemu sahabat yang mempunyai nilai-nilai seorang SAHABAT. (^_^)
Posted in Nota Hati |